Thursday, December 13, 2012

Perfect JLo

been dreaming about this concert since i was little. ye, sejak mula minat JLo ni! dah berjanji dengan diri sendiri, kalau JLo dtg kl KENA pegi tengok konsert dia! so kumpullah duit bila dpt tau dia confirm dtg kl baru-baru ni. mencari mangsa utk temanku sebab kalau bawak opie dia tak layan JLo punye.. terus dlm kepala teringat adikku Udin, then nak ajak lagi 2,3 org pegi, so ajak maksuku yg memang tak penah miss pegi konsert international artist. plan nak beli tiket paling murah je sebab taklah sampai membazir beli yang mahal kan? byk lagi benda lain nak kena buat dgn duit tu drpd beli tiket mahal. sebelum konsert, sempat tengok-tengok itinerary lagu-lagu dia kat konsert tempat lain, so dah hafal la semua lagu tu! haha.

bila sampai harinya 2 Disember, 12-4pm ku masih lagi on air. balik bersiap terus ke Kemensah kumpul kat rumah maksu. opie & rizqy hantarku ke sana, then diorg ke Keramat. dekat pukul 7 malam kitorg berempat gerak ke Stadium Merdeka. oh ya, cousinku Amanda tak nak pegi sebab penat baru balik dari Genting, so cousinku sorg lagi yg ganti.. tengok-tengok tiket, alamak maksu beli yang RM328 punye. dah congak-congak dalam kepala ni nak bayar balik.. 

masuk Jalan Kuching, jalan jem gile all the way sampai ke depan stadium, nak-nak hujan pulak tu. sampai depan lrt Maharajalela, jalan tutup, time dah pukul 8. gosh! kat tiket tulis konsert start pukul 8. tanpa fikir panjang, kitorg turun tepi jalan je, daki bukit sikit ke stadium, dalam hujan uols! sanggup ni! hahaha. 

seat kitorg berbumbung, nasib tak kena hujan. tiket yg paling mahal tengah padang, abis basah semua orang, padang colourful dengan warna baju hujan. duduk je kat seat, terus rasa sangat excited, tiba-tiba maksu cakap, "ha enjoy, maksu belanja tiket ni." ya Allah, lagila menjerit kitorg! thanks maksu, semoga murah rezeki lagi! 

konsert start tepat pukul 9.15 malam. ya Allah, mcm orang gile dah jerit tengok JLo. walaupun tiket seat duduk, tapi ku dengan adikku berdiri menari all the way every time lagu rancak. semua lagu rancak kot, 2 je lagu slow dia nyanyi. sangat puas hati dengan performance dia yang energetic & lagu semua best, cuma kalau tengok itinerary asal kat temat lain, ada 3 lagu dia tak nyanyi kat kl. okla, yg penting solid 2 jam dengan lagu-lagu rancak & nganga tengok dia & dancers dia.  



 slide show JLo dgn anak kembar dia masa lagu Until It Beats No More


 opening dia pakai black catsuit. kalau ikut original concert kat tempat lain, dia patut pakai baju lain, tapi baju tu sangat seksi, kat Malaysia kena sopan sikit


 dress ni pun dia pakai kat KL & Indonesia. tempat lain tak pakai. sopan dress ni






 Let's Get Loud

 Jenny From The Block




 sebelum konsert, dari backstage taken by his dancers. basah..




















Thanks JLo. do come again to Malaysia. 
next. tunggu konsert Beyonce & Britney Spears pulak!


Wednesday, December 5, 2012

Melaka & accident

setelah 2 hari di Fraser's Hill, Jumaat balik KL, Sabtu kitorg ke Melaka lak ada wedding sepupuku. pukul 7 pagi berkumpul kat rumah parentsku, then dalam 8 lebih gerak ke Melaka. me opie, rizqy & my brother satu kereta, adikku yang driving. masa kat Seremban, ada bas terbalik, masyaAllah ngeri je tengok tapi  nampak tak teruk & takde orang cedera, nasib baik.. 

sebelum sampai ke tol simpang ampat, kitorg yg tgh drive kat lane tengah around 110km/j, tiba-tibe kereta depan kitorg brek mengejut sampai berasap-asap tayar & berpusing sikit kereta dia. so kitorg pun sama, brek emergency. luckily adikku yang drive sangat alert walaupun tengah bersembang. dia sempat brek and pusing stering ke kanan sebab kanan takde kereta, tapi macam manapun, kereta kitorg still kena hentam dengan kereta belakang and terhentak ke lane kanan. nasib lane kanan takde kereta, kalau tak sure kitorg pun kena langgar. kereta adikku bumper belakang belah kiri patah & hampir tercabut. sebab kereta depan tu brek mengejut? anak dia tarik handbrake! so stupid kan? nasib kitorg tak langgar dia, sempat brek walaupun dah bunyi-bunyi tayar. and nasib kitorg ikut tak rapat, my brother alert & nasib kitorg pun tak kena langgar bila dah masuk lane kanan. me, husband, Rizqy & my bro semua selamat, Alhamdulillah. moral of the story, jaga anak elok-elok bila masuk kereta, jangan follow kereta depan dekat2 & driver kena selalu alert & jgn panik. Alhamdulillah..

sampai tol simpang ampat, familyku yg lain dah tunggu situ, me & rizqy tukar kereta, opie & my brother ke balai polis. so, kitorg proceed ke rumah pengantin sebab majlis pernikahan dah nak start dalam pukul 10 pagi. 


 sekali lafaz, selamat sepupuku bergelar suami. tahniah!
mama, mak pengantin, nenek & another aunty



 tengah tunggu majlis nikah, berpeluh bagai nak rak

 ayahku (baju batik biru) jadi jurucakap pihak lelaki





ok back to the accident earlier, sampai balai polis, polis cakap kereta yg punca accident tu tak termasuk dalam pelanggaran tu sebab dia tak kena langgar or what not, so kalau nak settle luar, kena bincang betul-betul.  bila dengar mcm tu adikku bengangla sebab dia punca accident tapi kalau buat report, dia lepas. si driver tu lak dah nangis-nangis mintak maaf, kata dia tak sengaja anak dia tarik handbrake bagai.. dia boleh bayar semua cost repair, tapi nak mintak bayar ansuran.. kesian pun ada gak sebab masa tu husband dia terus lepas tangan tak datang bincang langsung. jadi, adikku tak buat report, sebab kalau report kesian kat kereta belakang yang langgar kitorg tu. dia kena bayar kereta kitorg, bayar cost repair kereta dia & nanti kena saman lagi.. bincang-bincang, semua setuju kakak tu bayar cost repair,  so diorg fotostat ic & lesen dia dengan harapan dia tak menghilang nanti.. 

back to wedding pulak, selesai nikah, pengantin tukar baju terus majlis sanding. senang semua buat satu hari kan? takyah nak pegi balik melaka, nikah hari lain, sanding hari lain.. tengah makan, hujan lebat, Rizqy puas mandi hujan! ayo anakku! lepas sanding & kitorg pun dah makan, kitorg gerak balik KL. tapi sebelum tu, singgah kat Klebang cari the famous coconut milkshake.. 

setelah penat main hujan, kejar ayam lembu, sapu daun pokok rambutan..