Saturday, June 9, 2012

ikan bakar Bellamy



ikan pari & sotong bakar 


Sejarahnya mcm ni.. Sekitar tahun 1994-1996, ada seorang kawanku, namanya Rozy, (kitorg sama-sama menari dgn cikgu Syed Ekzan & arwah Bat Latiff), ayahnya bekerja di Istana Negara, maka diorg stay di kuarters belakang istana. Mak kawanku tu, kitorg panggil cik Kamariah bukak gerai nama Gerai Seri Melaka kat medan selera depan surau istana tu. Jadi, bila ku lepak-lepak kat rumah Rozy tu, selalula makan kat gerai mak dia. Masa tu hanya Gerai Seri Melaka je yg meniaga, kiri kanan gerai tu kosong & yg famous kat gerai cik Kamariah tu ikan bakar ala melaka. Lepas tu tahun 1997, bila kitorg lost contact, tiba-tiba terus famous ikan bakar Bellamy. Sana sini org ckp pasal ikan bakar tu. Dalam kepala ni asyik tertanya, "tu gerai cik Kamariah ke?" gerai tu memang ada ikan bakar & masa dulu mana ada gerai lain kat situ selain Gerai Seri Melaka tu.. Sepanjang kefamousan ikan bakar Bellamy, ku tak berkesempatan nak pegi, sampaila ke hari ni bila officemateku ajak gi lunch kat situ. Bayangkan lebih 10 tahun tak jejak belakang istana tu, bila sampai, tempat tu dah lain. Gerai dah banyak & of course first thing nampak gerai ikan bakar yg berderet. Siap dah ada public toilet & area tu memang meriahla. Ku jalan ke atas sikit, Gerai Seri Melaka tu still ada, tapi tak nampak pun cik Kamariah tu. Agaknya dia dah bagi gerai tu kat org lain kot.. Ataupun husband dia dah pencen, diorg balik Melaka, so gerai tu org lain yg uruskan.. Banyaknya kenangan kat situ.. Gerai Seri Melaka tu la yg first meniaga kat situ, yg first jual ikan bakar kat situ, sampaila ke hari ni dah byk gerai ikan bakar kat situ.. Ok back to our lunch, ku dan officemates makan kat gerai yg first (dari toilet).. Memang sedap ikan terubuk bakar tu! Sotong bakar pun sedap. Ikan & sotong ku share dgn kawan, total sorang bayar RM14. Marvelous! Jom try!

Published with Blogger-droid v2.0.4

4 comments:

Cawan said...

dh ni nk pilih kedai mane ye yg pling recommend? tak pernah sampai lagi..

tiap2 ari bukak tak?

eh bnyk plak soalan, he hee..

Zaff Zafrina said...

Na - kitorg makan kat gerai first sekali. tiap2 hari bukak

Nina Johari said...

bestnye... lama dah tak makan kat sana.. last makan kt sana masa keje kat jalan maharajalela tahun 2001. now dah tak ingat dah jalan nak pegi sana.. :(

DeQWa said...

baru jer pg makan ari selasa lepas,memang sedap giler....tp sy xmkn kt gerai seri melaka,sy mkn kt gerai sblh dia,gerai kak jat klu xslh...tp memang sedap,ramai org cuma panas kot....