atau lebih senang dipanggil tube. ni la transport kitorg kat London. budget traveller kan? so naikla tube ni. kalau kaya, sure naik cab or sewa kereta. huhu. saje baca kat wikipedia, underground ni dibuka pada tahun 1863, ada 270 stations & 11 lines/landasan, metro system kedua terbesar di dunia selepas Shanghai Metro dan ketiga paling sibuk di Eropah selepas Moscow dan Paris. pengalaman ku? sama macam naik LRT & Putra kat negara kita, cuma penumpang dia sangat ramai dan semuanya sangat cepat & on time. kalau time peak hours lagi busy dgn org nak pegi keje, semua jalan laju & macam tak boleh stop. pengalaman naik tube masa peak hours sgt mencabar, time tu nak pegi airport, mana lak dengan beg seret besar, org main langgar-langgar je beg kite. part berhimpit & berdiri dlm tube tu jgn ckpla kan? tapi ku rasa inilah public transport yg paling effective kalau nak tour satu London, harga tiket pun tak mahal, just beli oyster card, then turun naik je tube tu. after beberapa kali penggunaan dlm satu hari, dah free.. so naikla tube tu beribu-ribu kali!
my first tube station kat airport
oyster card. kalau pulangkan balik, boleh refund 5 pounds
sama je mcm komuter, lrt & putra kite
hotel kitorg kat sini
turun station ni, jalan kaki je tempat ikonik London - Buckingham Palace, Big Ben, Westminster Abbey & Trafalgar Square
ni station paling best. Oxford Street, shopping!!
last time my brother & parents datang London, diorg stay area ni, byk restoran halal kat sini
station ke Tower Bridge & Tower of London
with brother, the new doctor
sengih lebar lepas jumpa toilet! hahaha
station utk ke Harrods & Royal Albert Hall
with my mum. station ni ke St. Paul's Cathedral, tempat wedding Prince Charles & Princess Diana
selain station ni, satu lagi station utk shopping, Bond Street, situ byk kedai-kedai designer & crowd dia pun lain sikit, tak mcm Oxford Street
kitorg turun naik tube tu memang tak terkira. yg ulang 2,3 kali sehari pun ada. gagah je turun naik tangga bila kat station. boleh dikatakan semua tube station kat bawah tanah, and mostly, tube stations tak stroller/pram friendly. kesian bila nampak parents berangkut stroller bagai nak rak. bila ada OKU, orang yg tak berapa sihat & orang tua pun kesian.. ku pun ada pengalaman jugak mengangkat beg yg berat 20 kg turun naik tangga, jenuh! nak-nak pulak kalau kena tukar-tukar line, sbb selalunya kalau nak ke mana-mana tempat, susah la naik train satu line je.. memang kena tukar line/landasan. pengalaman.. hehe