been dreaming about this concert since i was little. ye, sejak mula minat JLo ni! dah berjanji dengan diri sendiri, kalau JLo dtg kl KENA pegi tengok konsert dia! so kumpullah duit bila dpt tau dia confirm dtg kl baru-baru ni. mencari mangsa utk temanku sebab kalau bawak opie dia tak layan JLo punye.. terus dlm kepala teringat adikku Udin, then nak ajak lagi 2,3 org pegi, so ajak maksuku yg memang tak penah miss pegi konsert international artist. plan nak beli tiket paling murah je sebab taklah sampai membazir beli yang mahal kan? byk lagi benda lain nak kena buat dgn duit tu drpd beli tiket mahal. sebelum konsert, sempat tengok-tengok itinerary lagu-lagu dia kat konsert tempat lain, so dah hafal la semua lagu tu! haha.
bila sampai harinya 2 Disember, 12-4pm ku masih lagi on air. balik bersiap terus ke Kemensah kumpul kat rumah maksu. opie & rizqy hantarku ke sana, then diorg ke Keramat. dekat pukul 7 malam kitorg berempat gerak ke Stadium Merdeka. oh ya, cousinku Amanda tak nak pegi sebab penat baru balik dari Genting, so cousinku sorg lagi yg ganti.. tengok-tengok tiket, alamak maksu beli yang RM328 punye. dah congak-congak dalam kepala ni nak bayar balik..
masuk Jalan Kuching, jalan jem gile all the way sampai ke depan stadium, nak-nak hujan pulak tu. sampai depan lrt Maharajalela, jalan tutup, time dah pukul 8. gosh! kat tiket tulis konsert start pukul 8. tanpa fikir panjang, kitorg turun tepi jalan je, daki bukit sikit ke stadium, dalam hujan uols! sanggup ni! hahaha.
seat kitorg berbumbung, nasib tak kena hujan. tiket yg paling mahal tengah padang, abis basah semua orang, padang colourful dengan warna baju hujan. duduk je kat seat, terus rasa sangat excited, tiba-tiba maksu cakap, "ha enjoy, maksu belanja tiket ni." ya Allah, lagila menjerit kitorg! thanks maksu, semoga murah rezeki lagi!
konsert start tepat pukul 9.15 malam. ya Allah, mcm orang gile dah jerit tengok JLo. walaupun tiket seat duduk, tapi ku dengan adikku berdiri menari all the way every time lagu rancak. semua lagu rancak kot, 2 je lagu slow dia nyanyi. sangat puas hati dengan performance dia yang energetic & lagu semua best, cuma kalau tengok itinerary asal kat temat lain, ada 3 lagu dia tak nyanyi kat kl. okla, yg penting solid 2 jam dengan lagu-lagu rancak & nganga tengok dia & dancers dia.
slide show JLo dgn anak kembar dia masa lagu Until It Beats No More
opening dia pakai black catsuit. kalau ikut original concert kat tempat lain, dia patut pakai baju lain, tapi baju tu sangat seksi, kat Malaysia kena sopan sikit
dress ni pun dia pakai kat KL & Indonesia. tempat lain tak pakai. sopan dress ni
Let's Get Loud
Jenny From The Block
sebelum konsert, dari backstage taken by his dancers. basah..
Thanks JLo. do come again to Malaysia.
next. tunggu konsert Beyonce & Britney Spears pulak!