Wednesday, April 15, 2015

Thanks Dato Siti

berkesempatan berjumpa Dato Siti kat gym Sabtu lepas, ku sempat hadiahkan Dash&Dot Tudung. before balik dia cakap "terima kasih, nanti Siti pakai, Siti letak kat instagram". yahooo!! tapi to tell you the truth, ku tak harap pun dia buat macam tu, you know, artis kan busy & ada separuh artis dia tak suka terima hadiah. tapi kalau dia letak kat instagram, memang ku bersyukur sangatlah. 

so Ahad malam, tengah packing-packing tudung, tiba-tiba fon berbunyi banyak kali. bila check, banyak whatsapp masuk, then tengok followers kat Dash&Dot punya instagram laju je naik. ok paham. tada!!

 
10 ribu likes gambar ni. ok nak nangis!

we were so honoured. 
Dato Siti pakai Dash&Dot tudung ke Melaka jumpa ibu saudara dia.
warna yang Siti pakai tu warna Peach, still available ye


this is our second batch. 
Plain RM45 & printed RM65. 
material cotton viscoce, BUKAN COTTON LYCRA

so far ni je yang available, warna lain dah out of stock. lepas Siti lepak gambar kat ig, our followers naik seribu lebih & sales pun naik, Alhamdulillah

kalau berminat, sila whatsapp +60163284740



Sabtu yang full

Sabtu lepas, we went to a wedding at Bukit Jelutong Shah Alam, ku gigih pergi sebab wedding kat hall. kalau bukan kat hall memang taklah nak pergi sebab panas. huhu. this time opie tak ikut sebab dia nak settle model dia nak kena submitt. settle wedding (tak ambil pun gambar kat wedding, pergi makan je hahaha), kitorg berdessert kat Sangkaya SS15 makan ice-cream kelapa. first time try, mak oi sedapnya!





me in Miss Paisley dash&dot tudung. still available!





yummy! ice-cream kelapa dalam tempurung kelapa. masuk tempat dine-in kat Sangkaya ni terkejut sebab macam masuk pub, gelap je. ada ke makan ice-cream dalam gelap kan? diorg baru amik alih tempat tu kot & belum reno. huhu


sampai rumah pukul 4 petang, rehat kejap, 5 lebih keluar ke Fastrack Gym kat Sri Rampai. dikerah ke sana sebab ada mission & also nak join class belly dance & body combat. fyi, gym tu kepunyaan maksu & paksuku. dah dua bulan beroperasi tapi kitorang tak pernah ke sana sebab jauh dari rumah. huhu.

nampak tak siapa sparring I kat gym tu? hahaha yes, Dato Siti Nurhaliza!  

dia teringin nak join class belly dance, so maksu panggil trainer dia buat special class for us


this gym is located at Jalan Seri Rejang 4, Pusat Perindustrian Sri Rampai. silalah singgah kalau ada kat area situ!

sikecik pun sibuk berfitness


pakai dash&dot tudung masa exercise selesa je. me in dusty pink

group photo with Dato Siti and trainers


lepas class, dinner kat Nasi Vanggey, then balik. 
lepas tu terkejut sebab Siti repost my photo kat instagram! huhu


Tuesday, April 14, 2015

Suka Sucre by Dato Fazley Yaakob

last Sunday, we went to Suka Sucre by Dato Fazey Yaakob for lunch. dah beberapa kali tertangguh sebelum ni, nak-nak opening hours dia just from 12-7pm je. the bistro is located at Wisma Ryu Taman Pertama, Cheras. dekat sangat dengan rumah kitorg. 


both in Dash&Dot tudung *love*


me was wearing Blue Blush. still available ye!

whatever lah! hahahaha

this is da bomb! Pasta daging salai lemak cili api

pasta sambal hijau. pun sedap

ape sajelah brother sister ni


selepas kekenyangan

Nyonya Paris - moist chocolate cake squares & 4 types of macaroon shells in warm Gula Melaka Butterscotch souce plus ada ice cream jagung. marvelous!


moist chocolate cake. this one ok ok je

bread butter pudding. ni pun sedap

dessert pizza topped with strawberries, caramelised bananas, chocolate & butterscotch sauce. ini sangat terbaik.



biasalah acara wajib lepas makan


tak sempat jumpa Fazley sebab dia masuk lambat celebrate birthday his mother. overall semua food sedap. takde yang tak sedap walaupun main course tak banyak choice, tapi semua memang sedap. kebanyakan makanan French & Asian Fusion. desserts semua sedap jugak, deco & surrounding pun very cozy, sila pergi, memang recommended.


last, we were so honoured to be featured in Suka Sucre's instagram. Thank you.


before balik singgah SSF, suami nak beli daun. hehehe. Rizqy baru lepas nangis sebab kaki masuk dalam lubang besi longkang. nasib tak sangkut kaki tu. 




Monday, April 6, 2015

Daie Bestari's sports day

Ahad lepas 5 April, sekolah Rizqy buat sports day. they've been practising for 3 days. comel je nak sports day ada rehearsal. venue kat Sports Arena Mahkota Cheras, belakang Daie Bestari je. call time pukul 8.30 pagi, tapi pukul 9 lebih baru start sebab ada sorang student lambat sampai.

Jumaat sebelum tu dah dapat t-shirt sukan. masa tu ada gak tanya dia, Ishky rumah apa? Merah jawab dia. tapi bila dapat t-shirt, color green! hahahaha. so masa hari sukan tu, mama papa pun pakai green, support anaklah konon! hahahaha

majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku & bacaan Al-Fatihah oleh classmates Rizqy. Alhamdulillah. ok now dah start sports. first, toddlers main satu game, comel je tapi ku lupa apa diorang main. then baru budak 5 tahun & 6 tahun. sorang dapat main 2 sports. budak 5 tahun class Rizqy main bawak bola pingpong dalam sudu & masukkan beans dalam botol. budak 6 tahun main apa, ku lupa. hahahaha.

lepas budak sports, ada gak sports untuk parents & teachers. meriah! ku tak volunteer pun, tengok dari jauh je. hehehehe.


seperti biasa that's my Dash&Dot Tudung warna dark green. cantik kan? still available ye






muka ada sikit cuak di situ. hehehe





standby nak lari dah

pandai-pandai budak-budak ni, teacher cakap zigzag je, laju semua lari zigzag celah kon

nampak tak kegigihan di situ? hahahaha




next game, masukkan beans dalam botol vitagen



gigih tak??

dah habis sports, tunggu sesi penyampaian hadiah



yeay Ishky menam!


rumah hijau menang keseluruhan. team cikgu rumah hijau pun menang. cayalah!



habis sports, kitorg ke Aeon, panas oi! breakfast dulu & keringkan peluh, lepas tu ke rumah my parents for lunch. lama gak lepak sana. Rizqy sempat tidur seround, yang penting medal tetap kat sebelah. he was so happy, mama nangis! dah besar anak mama. sob sob.