Thursday, November 22, 2012

4th anniversary : jalan-jalan Fraser's Hill

ikut kalendar Islam, 1 Muharram bersamaan ulangtahun perkahwinan kitorg yang ke-4. ku memang saje amik cuti Jumaat tu, tiba-tiba my family ajak pegi Fraser's Hill. so puasla memujuk opie ke sana sebab dia taknak pegi, pening dgn jalan naik ke Fraser's Hill. pujukan ku berjaya, maka cuti Awal Muharram tu bergerak la kitorg, pukul 9 pagi bertolak dari rumah parentsku. 



padaku, jalan ke Fraser's Hill lagi teruk dari jalan ke Cameron Highlands sebab selekoh dia yang rapat-rapat. dari Kuala Kubu Bharu ke Rest House Gap dalam 20+km ok lagi, tapi 8km terakhir sebelum sampai atas tu yg paling azab. mama yg naik kereta Udin dah berapa kali muntah. kitorg yg naik kereta abah tapi Zafrie drive semua ok lagi. cuma Rizqy je asyik sendawa & hampir nak muntah. la anakku.. ikut papa dia pening kepala gak! hahahaha. sampai atas dalam pukul 1 tgh hari, kitorg lunch dulu kat food court sebelah masjid, then proceed check-in kat Siverpark Apartment. 3 bilik one night RM320. selesa apartment tu, boleh masak semua, tapi kitorg tak masak pun, buat ape nak penat berangkut barang masak kan? dah kata holiday, makan luar jela. bila dah checked-in, tunggu lak bapak-bapak orang tido (ye bukan tunggu anak-anak yang tido!), pukul 4pm kitorg keluar. nak pegi mana takde ape pun, so kitorg pegila bergambar kat area clock tower tu .
hujan pulak, so berteduh la kejap kat restoran asam pedas seberang Puncak Inn hotel













 dah puas bergambar, dah beli souvenir bagai, hujan still rintik-rintik. kitorg ke Smokehouse, lepak jap kat playground situ bagi Zarra & Rizqy main


dah puas main hujan budak-budak tu, kitorg balik ke apartment. tak boleh nak jalan sangat sebab hujan & bawak budak kecik. sementara tunggu maghrib, rest & lepak lagi. cuaca best, dingin je..


sunset di Siverpark apartment

tak tengok kiri kanan dah



malam, kitorg dinner kat Scott's bar & restaurant, sebelah Puncak Inn hotel, kat area clock tower tu.nice bungalow tapi creepy. Rizqy pun berapa kali tgh main-main lari pelukku, apala dia nampak kan? tapi nasib dia tak melalak. tu atas tu gambar muka budak nakal, tengah nak dinner dia boleh mengamuk kat papa dia, baling sudu kena pinggan sampai terbelah 3 pinggan tu! terus papa tak boleh makan, nasib restaurant tu ganti makanan baru, tapi kena bayar double la, cuma nasib diorg tak charge harga pinggan tu. eeee anakku ni.. nasibla mama sabar, kalau tak dah kena pukul depan semua orang! melampau betul! 

time dinner tu around 7.30 malam, sunyinya Fraser's Hill tu... tapi nyaman. lepas dinner, we all just lepak je kat apartment. pukul 10mlm, kidnap Rizqy masuk bilik bagi dia tido, melalak! kalau tak buat mcm tu, dia tak nak tido, seronok main dgn Zarra & uncle-uncle dia.
esoknya, kitorg tak keluar breakfast pun. makan je kat apartment, menghabiskan makanan yang abahku bawak mcm nak pegi oversea 2,3 minggu! hahaha. abahku la... punyela takut anak-anak & cucu kelaparan, beli stok makanan punyela banyak. hehehe. pukul 11 pagi, kitorg check-out.



 jambatan gantung depan Rest House Gap

 Rest House Gap. dulu orang stay sini tunggu jalan turun naik tu buka. dulu jalan nak ke Fraser's Hill satu laluan je, so gilir-gilir turun atau naik. tapi sekarang rumah ni dah ditinggalkan.




 
tanah runtuh


singgah jap amik gambar kat Empangan Sungai Selangor 



lunch, kitorg singgah Tanjung Malim. the boys pegi sembahyang Jumaat, kitorg yg perempuan makan kat foodcourt depan masjid tu. sedap Gado-gado Aman tu!


Hari Raya Aidiladha

entry tertunda. pagi raya sembahyang kat rumah kitorg, lepas tu gi breakfast kat rumah my parents, then lunch kat rumah my aunty.
ustaz kecik









obses sangat dengan gitar sikecik ni!



petang, kitorg ke rumah parents opie, ada makan-makan & surprise birthday sepupu dia. 


Thursday, November 8, 2012

jalan-jalan weekend #2

Ahad pulak, family day lagi. ku on air dari pukul 12-4 petang. pukul 6 kitorg gerak ke Pavilion. adikku nak belanja makan kat Ben's. its a tradition in my family, sape keje dapat first gaji, mesti kena belanja. :)
 pantang nampak telefon. sembang macam real je

 susah sangat pakai tangan, tonggang jelah fries tu!


 dari atas - steak frites, spicy aglio olio, spaghetti marinara, Ben's special nasi, peking duck roll & pad thai spaghetti. semua sedap!

 khusyuk tengok Pocoyo

 me & my sister & her daughter Tiya

 try nak bangun, tapi tak boleh sebab kerusi tu betul-betul kepung dia

 my parents

my brothers. yang tukang belanja, yang pakai baju kuning tu. he's a doctor! Alhamdulillah :)