Arini & esok ramai yg dah start cuti & balik kampung. So, Zaff nak ucapkan selamat bercuti & selamat balik kampung kepada semua yg baca blog ni. Pandu kereta berhati-hati ye, jgn jadikan jalanraya seperti sungai maut bak kata PM kite, juga jgn tambah lagi statistik kemalangan jalan raya.
Tahun ni seperti biasa kitorg beraya di KL. Secara officialnya memang dah tak balik Kedah since semua family & nenek pun ada kat KL. Family mertua pun memang org KL, so me berubah title la jadi anak KL sejati, cewah! Hehehe. So sape yg tak balik kampung tu, jemputla ke rumah ye, tapi sila call dulu. Juga sape2 yg ada kat KL, ada makan-makan tak? Silalah bagitau, kitorg nak serang & nak beraya ni! Hehehe.. Mcm last year, meriah, raya pertama je Zaff & Opie pegi beraya 5 rumah! Sape ckp raya kat KL tak meriah? Sekarang ramai dah duduk KL dah, kawan-kawan pun ramai org KL..
Cuti raya? Tak apply pun, just cuti Jumaat - Ahad. Isnin dah keje balik, on air pukul 4-8 malam. Duit raya? Adala sediakan dalam RM200-300, walaupun opie dpt duit raya dari boss dia, tapi tak nakla membazir sangat.. ;)
Persiapan raya? Me & opie ada 3 pasang baju! Cukup sampai raya ketiga. Hehehe.. Shopping kat Shah Alam last weekend.. Kuih raya? Ada, "pau" dari rumah my mum, tapi kena bayarla. Berangan nak amik free??? Haha.. Kad raya lak? Tahun ni tak sempat hantar la.. SuriaFM ada jugak buat kad raya sendiri, tapi last week puasa baru semua dapat, bila masa lak nak antar kan? Dah lambat.. Sorryla ye kawan-kawan yg selalu dpt kad raya tiap-tiap tahun daripada Zaff. Tahun ni perut dah besar, malas sikit nak buat ape. Hehehe
Okla, banyak lak membebel.. So, Zaff & Opie nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada family, kawan-kawan, pendengar-pendengar SuriaFM & pembaca blog ni. Mintak ampun dan maaf kalau ada terguris perasaan, terkasar bahasa atau tersilap kata, sama ada secara sengaja atau tak sengaja. 0-0 ye! Drive safe & take care semua! Jgn makan byk-byk, nanti beratur nak masuk toilet! Hahaha
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
3 comments:
Salam Dear, selamat hari raya, maaf zahir n batin ye kalau ada..tahun ni kita raya as mommy to be, next year kita raya as a mommy!!
selamat beraya zaff & opie..from us fida & fauzan..
salam dear, selamat hari raya, maaf zahir n batin kalau ada ye...tahun nih kita raya as "ibu mengandung"..next year kita raya as "hot mommy!!" hehe....
selamat beraya zaff & opie..from us fida & fauzan.. :)
Selamat Hari Raya Kak Zaff, Maaf Zahir dan Batin. :)
Post a Comment