Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013

Stop Daydreaming! We'll fly you there!


Untuk anda yang nak pergi bercuti selepas raya. 
Silalah beli flight tiket cepat-cepat. AA tengah sale ni. :)
Kalau ikutkan hati, saya pun nak pergi bercuti ke pulau (LAGI), tapi hotel semua dah full. Too bad.. 

Thursday, April 25, 2013

Newcastle : uni & town

lama lak tak sambung blog pasal Euro trip. dah nak setahun dah pun, blog tak sette-settle. haha. last updated kat sini. 

ok di Venice, last day tu kitorg bangun breakfast, then pukul 10 kitorg checked-out. flight to Paris pukul 2 petang. sampai-sampai kat Marco Polo airport, masyaAllah punyelah ramai orang! nak check-in satu hal, nak masuk boarding hall pun satu hal. berlengkar-lengkar beratur. nasibla kitorg sampai airport awal, sempat masuk boarding hall lepas sejam lebih beratur, ngam-ngam time flight kitorg. bayangkan punyelah tak organize airport diorg. sempat berborak dgn satu couple mat saleh, diorg pun komplen airport Venice sangat tak teratur.

flight ke Paris dalam sejam je. sebenarnya dari Venice ada direct flight ke Newcastle, tapi Udin tak tau, so terbanglah kitorg ke Paris dulu, then amik connecting flight ke Newcastle pulak. agak buang masa kat situ. 

sampai Newcastle pukul 5 petang. keluar-keluar je pintu airport, masyaAllah sejukkk!!!!! lagi sejuk dari London & Paris, temperature below 12 darjah celcius. beku kau! Newcastle memang sangat sejuk dari tempat lain kat UK sebab dia dah ke arah utara dekat dengan Scotland. kalau musim winter, terus bersalji.


 mama & Udin happy sebab dapat balik rumah sendiri. macam mana pun, rumah & kawasan sendiri tetap best walaupun merantau ke mana-mana. so untuk kali ni Newcastle dah jadi rumah sendirilah sebab Udin pun duduk sini lama dalam 6 tahun.


sampai rumah Udin kat Brighton Grove, kitorg freshen-up, then ku & Udin keluar jalan-jalan ke Uni sebab dia nak settle few things before convo, then kitorg ke town Newcastle. muka penat kan? sangatttttt!!!

 dari rumah Udin ke Uni dia dalam 15 minit berjalan kaki. Udin ke Uni memang jalan kaki je hari-hari, patut kurus! tapi best jalan sebab sejuk & pemandangan pun cantik keluar masuk ladang lembu. tapi ku je penat betul ikut Udin jalan, dia jalan laju! 


 depan faculty Udin. berdiri bulu roma u'ols masuk sini sebab kagum & bangga adikku belajar & grad di salah satu best medical school kat UK & Uni ni dah wujud sejak tahun 1834. tu kaki dah beku! padan muka sebab gatal tak nak pakai kasut!

 time summer cantik pokok-pokok yang menjalar kat dinding tu. time winter, Udin cakap kosong je semua



 mercu tanda Newcastle University. tapi tengah renovation la pulak.. semua tgh cuti sebelum convo time ni, so Uni kosong je. pintu gerbang ada dibuat replikanya kat Newcastle Uni di Nusajaya Johor.

 ni Architecture Faculty, antara bangunan asal yang dibina sejak 1834


 Student Union building


laluan ni nama dia Lovely Lane


kawasan Newcastle University adalah terbuka, takde gate takde ape, sape-sape boleh keluar masuk. jalan punya jalan, dah sampai town.. seberang tu St. Nicholas's Cathedral

 mintak tolong orang snap gambar, ntah ape yg dia nak tunjuk kat sini


 tugu peringatan ape ntah

shopping! tapi since baru sampai, esok  jelah kite shopping


 belakang tu Grey's Monument. kawasan tu namanya Grainger Town. ada 450 bangunan yang disenaraikan dalam warisan negara & mula dibina pada tahun 1835

Eldon Square, kawasan shopping lagi

 dah puas ronda-ronda, kitorg jalan kaki patah balik ke rumah. dalam perjalanan jumpa stadium ni, St. James' Park, stadium untuk pasukan Newcastle United








 ada je faculty Newcastle Uni merata town


Thursday, February 28, 2013

short vacay to Penang

Januari, kitorg amik cuti 3 hari untuk pegi short vacation kat Penang. pretty excited sebab kitorg holiday 3 beranak je. rasanya kali ni betul-betul pegi Penang sebab bercuti. sebelum ni just pegi singgah-singgah kalau balik Kedah. actually kitorg 3 beranak still tak betul-betul sihat. semua selsema & batuk.. what to do, semua dah booked, pegi jugaklah bercuti ni..

 malam sebelum tu, time tgh packing. nampak tak tersentil keluar tangan & kepala sikecik tu? 

pukul 9 pagi kitorg gerak. yeay! still stucked dlm traffic jam orang ke ofis. dahla Isnin lak kan?

sampai dalam pukul 3 lebih. we've stayed at Hydro Hotel & this is our Junior Suite. ada hall & satu bilik with king size bed. alaaa kena share katil dengan Rizqy!!!! harap dia tido tak tendang mama papa. huhu

ada buat appontment ke nak jumpa saya ni?

rehat kejap. petang kitorg ke Miami Beach, seberang hotel. gelagat dua beranak jumpa air laut

the only photo dengan Rizqy kat beach haritu

settle laut, sambung pool pulak. 1,2,3 jump!







malam, kitorg dinner kat Gurney Drive. seperti biasa hidangan wajib kalau ke Penang - laksa, rojak, char kuey teow & ais kacang. Rizqy tido dalam kereta masa otw ke Gurney Drive. sampai je baru terjaga, so a bit cranky, jadi kitorg makan pun tak berapa tenang. sabar jela... lepas makan, kitorg pusing-pusing naik kereta je kat Feringghi Night Market before heading back to hotel. ada anak kecik, susah nak jalan-jalan sampai lewat malam. huhu

pagi, breakfast kat hotel je

wow buffet breakfast meriah kat hotel ni. best!


lepas breakfast, ingat nak lepak-lepak je. tapi charger Samsung Tab ku rosak, so kitorg keluar ke Queensbay Mall since Opie tak pernah pegi lagi situ. gigih cari kedai IT, ada jugak.. gelagat sikecik bila berjalan. semua dia nak pegang - blanket busuk dia, buzz, woody, ipod, botol susu macam banyak tangan. lepas tu kalau terjatuh, mengamuk! hailah anakku.. tengah jalan-jalan, dah start ngantuk la pulak, lagilah tantrum. dah kena dukung sampai dia lena.. mak ai beratnya dukung dia sampai masuk kereta!
lepas dah dapat apa yang dicari, dah alang-alang kat area Queensbay, kitorg proceed ke Teluk Kumbar cari mee udang. google nama kedai, then guna waze ke tempat tu. nasib ada satu kedai yang bukak tengah-tengah hari tu. masa ni tengah tunggu mee udang, sikecik moody baru bangun tidur

Mee Udang Ilyana Cafe kat Teluk Kumbar. RM16. sedap!!!! cafe ni ada jugak seafood yang lain, semua nampak menarik. next timelah pegi makan seafood pulak kat situ
settle lunch, balik hotel rest kejap. petang ke Feringghi Beach lak. sikecik dah bising nak swim, nak swim












malam, kitorg dinner kat Hard Rock. tengoklah sikecik tu, belek sangat ipod sampai makanan depan mata pun dia tak heran


kesimpulannya, holiday dengan anak kecik, penatttttt!!! mana dgn barang dia yg lagi banyak daripada kite. lepas tu bila dia cranky or tantrum sebab penat atau ngantuk, dengan kite-kite tension. sabar sabar...