Monday, September 6, 2010

happy birthday mama & abah!

Isnin, 30 Ogos, kitorg adik-beradik planned nak buat surprise kat mama for her birthday yg jatuh the next day, hari merdeka, 31 Ogos. me nak bawak mama ke De Palma Hotel Ampang for berbuka sebab mama nak sangat berbuka kat situ bila dengar ramai yg cerita makan kat situ best. so, me seminggu sebelum tu dah call la buat reservation, tapi malam hari sebelumnya, abah lak dah pecahkan lobang.. so takdela jadi surprise sgt since mama dah tau nak ke mana for berbuka.. hehehe..

tapi sebenarnya mama & abah tak tau, kat sana ada satu lagi surprise! lepas berbuka, lepak jap minum-minum, then emcee on stage announced birthday mama & abah, siap band ghazal kat situ nyanyi lagu Happy Birthday & Allah Selamatkan Kamu, and also ada sekali dengan kek.. hehehe.. okla, first surprise tak jadi, yg second ni quite menjadila.. kitorg celebrated birthday abah sekali yg jatuh pada 5 September, sekali harungla ye.. ;)

bila kitorg pembuka acara sambut birthday kat situ, lepas tu ramai lak yg celebrate sekali, sampai emcee tu ckp, hari tu first time sejak dia jadi emcee sepanjang bulan puasa, ramai yg sambut harijadi, lebih kurang dekat 10 orang jugak la, jenuh nyanyi lagu birthday! hahaha.

tapi birthday celebration kali ni still tak cukup korum.. Ruddin dah balik UK malam sebelumnya, dia just kirimkan kad je untuk mama & abah. *sob sob*


si kecik ni sambut sekali birthday dia, on 1 September. dah setahun dia..

sebelum di surprise kan

Zarra and her skinny mommy

Zarra and her skinny papa. hehehe

dah tersipu-sipu mama

Zarra tercengang apsal happening sgt ni? apsal ada kek & lilin? haha



the boys without Udin

si lasak Zarra Sophea, dah setahun on 1 September & dah boleh berjalan

antara food yg ada, char kuey teow

tepung pelita, akok & butter cake

kambing panggang, yg ramai sgt org beratur nak amik



and lupa lak nak cakap, berbuka kat De Palma akan jadi acara wajib every year sebab masakan kampung kat situ saaaangggaaaat sedap! insyaAllah.. ada asam pedas, sambal sotong, satu stesen lauk yg semuanya masak lemak, nasi kerabu, nasi dagang, nasi ayam, rojak buah, segala jenis kuih-muih tradisional, mee goreng mamak, roti john, shawarma, dan banyak lagilah! harga RM62 nett sorg, tapi sempena merdeka, ada promotion, so harga sorg RM53 nett. berbaloi-baloi.. jom pegi ramai-ramai! recommended!


1 comment:

Edzlin said...

waahhh zarra dah makin besar...