Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Thursday, October 20, 2011

raya ketiga

satu malam overnight kat Sungai Petani. raya ketiga, pagi bangun badan Rizqy still panas sikit. lepas breakfast, kitorg "baling" dia dalam swimming pool, terus baik demam!

muka tak mandi, mama & Rizqy. hehe. sama lak t-shirt dgn Afan





lepas checked-out, kitorg ke Alor Setar. rumah wajib, rumah my bff, Aziz. lama tak pegi sampai mak dia tanya.. Aziz & family jamu kitorg dengan mee rebus. tq! marvelous!




rumah Aziz kat Jalan Nyiur Setali dekat sgt dengan rumah nenek sedara Opie. so kitorg jenguk gakla diorg, jalan kaki je pegi rumah tu.




balik dari rumah Aziz, kitorg sempat lagi singgah makan mee rebus Abu kat pekan Alor Setar tu. mama yg nak sangat makan, sambil-sambil mengimbau cerita lama masa still sekolah kat situ. hehe. lepas makan, straight away kitorg gerak ke Penang. sampai Penang pukul 6pm, terus checked-in kat G Hotel. nasib demam Rizqy dah baik.. lega!

lobby G Hotel

view from our room. air tengah surut kat Gurney Drive ni


G Hotel lobby at night


nak gi makan kat Gurney Drive


laksa, rojak, pasembor, char kuey toew.. err ape lagi eh? banyaklah!


jalan jem kat Gurney Drive. nasibla kitorg jalan kaki je pegi makan




malam, jantan-jantan keluar gi karaoke. sempat lagi kan?? kitorg yang mak-mak, tido je kat hotel..


Monday, October 17, 2011

raya kedua

nak share pasal raya kedua pulak. sorila ye agak basi cerita ni.. layankan jela. hehe.. kitorg plan nak gerak balik Kedah pukul 6 pagi. tapi pukul 4 pagi Rizqy terjaga, alamak badan dia panas. dia demam pulak.. alaaaaaa..

tapi kitorg gerakla jugak sebab dah plan lama nak balik Kedah. hajat nak gerak pukul 6, jadi 6.30, almaklumla ada anak kecik, nak siapkan dia amik masa.. malam tu pun angah tido kat my house, so nak siapkan barang-barang Zarra lagi.. kitorg gerak ke KLCC dulu amik husband angah, then off to highway. jumpa satu lagi kereta kat R&R Rawang for breakfast.

pukul 10 pagi sampai R&R Sg Perak, bagi budak-budak mandi


dah mandi, dah hensem, selesa la sikit. kurang merengek


tengah hari, selamat sampai Sg. Petani. first house, rumah bestfriend maksu, aunty Fariha. antara rumah wajib kalau balik sana. best balik sana!!! lama gile tak balik Kedah! *sengih lebar*


sampai je, terus mintak masuk bilik, mama lak nak bersiap cantik-cantik


rumah aunty Fariha yg baru siap renovation. dua rumah combine jadi satu. sangat cantik ye!


melayan Rizqy makan. tapi dia kurang makan, tak sedap badan kot


all ladies dgn tuan rumah yg pakai baju hijau


guys tried amik gambar kat loteng, tapi backlight pulak



tiap kali dukung Rizqy, modal tokki, "bird, bird.." haha


selepas berperang dgn Rizqy kat rumah aunty Fariha, sampai saye tak sempat makan, kitorg gerak ke rumah kedua kat Sg. Petani, rumah kakak mama, Mak Chaq. semua family KL balik, bayangkan betapa penuhnya rumah tu!

ajk cake. secret mission nak surprisekan mama. birthday mama 31 Ogos


misi berjaya. sambut serentak.. mama 31 Ogos, Zarra 1 September & abah 5 September


dah separuh bogel anakku! panas ya amat kat Kedah! setiap rumah, kitorg bagi Rizqy mandi sebab badan dia still panas


tengokla keriuhan rumah Mak Chaq.. and saye pun riuh dgn anak yg demam. sangat kelam kabut! tak sempat bergambar pun dgn family lain


yeay rizqy dapat duit raya!


rumah ketiga, kitorg ke Yan, kampung mama. masyaAllah situ lagi panas! rRzqy still separa bogel. bagi dia pakai overall tanpa t-shirt je..

sengih dalam kepanasan


kepenatan. panas ke ape, ada aku kesah?


dah mandi, okla sikit. penat mama Rizqy merengek je sepanjang beraya


dari Yan ingat nak terus ke Alor Setar. tapi takde masa, so kitorg patah balik ke Bukit Mertajam, rumah mak paksu, Tok Pah. semua family berkumpul kat sana, tu yg kitorg tak boleh ke Alor Setar. all the way dari Yan ke BM, Rizqy buat perangai, meraung dalam kereta! tido atas pangkuan je.. masa tu rasa jauh benar perjalanan! sabar jela..


bukak baju Rizqy, bagi mandi lagi. lepas tu ada "clown" lompat-lompat buat dia gelak. lega rasa..


Rizqy dah ok kejap, bolehla bernafas sambil amik-amik gambar


kitorg tak sempat makan langsung, tu yg bungkus bawak balik. haha


kitorg dpt stay kejap je ka trumah Tok Pah. abaikan tupperware tu ye. haha. mee Tok Pah sangat sedap, tak boleh tak makan, tu yg sanggup tapau


happy sangat Zarra ni


malam checked-in kat Swiss In Sg. Petani, lepas tu tak keluar dah. yg jantan-jantan sempat keluar ke pekan makan-makan lagi. uuwwwaaa nak ikut!!!

jam besar Sg. Petani


HSBC. sangat antik & cantik bangunan tu. sebelah tu ada medan selera. kalau dulu tiap kali balik SP mesti pegi makan kat situ, tapi aritu tak pegi pun. uuuwwaaa nak nangis!


it's good dapat balik kampung dgn semua family setelah lama gile tak balik. walaupun short trip, tapi fun! semua family ada tu yg lagi best.. tapi lagi best kalau rumah lama maktok still ada.. how we wish..



Friday, September 25, 2009

raye keempat

raye keempat lak, hari rabu.. tgh hari kitorg tak ke mana sebab opie nak drill dinding, konon-kononnya nak gantung shelf rack yg kitorg beli kat Ikea semalam.. pukul 11 pagi, opie dah start membuat lubang, tapi setelah 2 jam, harapan tinggal harapan. dinding tu sungguh kebal, satu screw pun tak lut, last-last tampal balik dinding tu & cat balik.. kesian dia.. sabar je lah! maybe silap drill, mata drill tu ataupun dinding concrete tu yg memang tak blh ditembus, dinding pasang siap yg mcm pasang lego tu.. hehehehe.. next time kitorg akan upah org jela kalau nak gantung ape-ape.. so, rak tu, ada sape-sape nak beli? kitorg tak nak simpanla, buat semak rumah je.. lagi sakit hati sebab tak boleh gantung! hahahaha..

opie punye sakit hati, sampai merajuk tak nak makan.. kesian kat nasi goreng bodoh yg saye buat tu.. hehehehe..

pukul 3 kitorg keluar, opie hantar saye ke ofis, then dia ke keramat, balik rumah parents dia. malam, kitorg ada jemputan ke open house kawan opie, Hafiz kat Pandah Indah.. saye makan mcm org kebulur, lapar gile, sebab lunch awal, pukul 12 tgh hari.. kitorg dijamu dengan satay, ketupat, lemang, rendang, kuah kacang, nasi putih, sambal udang, sambal sotong, sambal ikan bilis kering, ayam goreng & banyak lagila. konyang!



geng-geng paintball SVG

walaupun dah konyang, tapi mulut ni still rasa nak mengunyah.. opie pun sama, katanya masih tak kenyang.. so, kitorg ke San Francisco Coffee kat Ampang Point.. kenapa ke sana tau? sebab saye ada voucher RM100. aritu saye ada buat contest kat Suria FM & pemenang dpt voucher tu. so, saye yg tukang buat, of coursela saye dpt gak voucher tu kan? hehehehe.. actually, that was our first time ke sana, so tercangak-cangak gak la nak order ape.. last-last setelah direcommend, saye order Extreme Mocha ice blended, ice chocolate & opie makan chicken lasagna.. sungguh tak ku sangka, sedap gile semua air & makanan tu! next time, sure kitorg akan pegi lagi ke San Francisco Coffee tu..

Extreme Mocha