Thursday, December 24, 2009

holiday trips 2009

saye dapat idea nak blogging pasal ni daripada blog ni.. hehehehe.. sorry ye Na, curik idea u! saje je nak mengimbas kembali tempat-tempat yg kitorg dah pegi sejak berkahwin hujung bulan Disember tahun lepas.. tup-tup dah nak masuk tahun baru kan?

sejurus lepas selesai majlis perkahwinan kitorg, terus kitorg terbang ke Langkawi untuk berhoneymoon.. walaupun dah pegi byk kali ke Langkawi, tapi sebelum ni pegi atas dasar keje, tak penah berjalan.. so kali ni kira balas dendamla.. makanya, pada 5-9 Januari 2009 kitorg pun ke sana.. 5h 4m, puas gile jelajah satu Langkawi! tapi nak repeat lagi ni sebab hari tu tak ikut Mangrove Trip & tak pegi Pulau Payar.. so next time kalau pegi ke sana, for sure 2 benda tu antara yang pertama akan dilakukan.

ni kat Tasik Dayang Bunting

trip honeymoon kitorg yg kedua, Pulau Perhentian, pada 24-27 April.. saye ni pada mulanya memang tak suka & takut laut, & tak pandai berenang.. for sure saye tak suka snorkelling la kan? pegi ke Perhentian tu pun sebab mengenang suamiku yg dulu memang budak pulau! dia pun dah lama tak ke sana sebab saye tak suka ke pulau.. masa tu nak ke tempat jauh sket budget agak tak menarik sebab baru kawin, byk benda rumah nak disetelkan.. so, dgn berat hati pegi jugakla ke perhentian.. tapi bila dah sampai sana, saye terus jatuh cinta kat pulau tu, nak-nak pulak masa kitorg pegi, tiba-tiba ramai lak kawan-kawan yg ada kat sana, buat surpise kat kitorg.. so okla, takdela boring sgt kat pulau tu kalau berdua je.. tapi masa tu saye tak turun snorkelling, setakat celup badan je, takuttttt!!!!!!

first time ke perhentian, sangat cantikkkkk!!!!

next honeymoon, pulau jugak, Pulau Pinang.. hehehehe.. kitorg pegi bulan Jun, 6-7 hb. mulanya kitorg ke Alor Setar utk wedding adik my BFF, then kitorg overnight kat Penang.. kitorg suka ke Penang sebab nak makan! just name it - laksa penang, rojak, pasembor, nasi kandar, nasi bariyani, mee udang, cendol dll.. marvelous! also nak ke Feringghi beli dvd.. tapi tobat tak nak ke sana lagi masa cuti sekolah!!!! jem gile Penang!!!!! kitorg dah kena masa tu!!! huh!

Tanjung Bungah Resort, Penang

nak cuti lagi! honeymoon seterusnya.. ini keje gila namanya! kenapa? jap gi saye cite, teruskan membaca.. hehehehe.. kitorg cuti seminggu pegi jelajah pulau ke pulau.. masa ni hujung bulan Jun.. mula-mula on 29 Jun - 1 Julai, kitorg pegi ke Pulau Pangkor, dapat hotel free 3d 2n.. kali ni kitorg drive ke Lumut, tapi tobat gak lepas ni nak drive lagi sebab jauhnye nak sampai Lumut tu dari highway.. tapi trip kali ni agak frustrated sebab for us, Pangkor ni mcm tak mesra pelancong.. makan susah nak cari, hotel tak best, snorkelling pun tak bape cantik view bawah laut.. oh ye, kali ni saye dah berani snorkelling! hahahaha.. berkat belajar sket-sket from my husband masa kat perhentian dulu.. :)

pantai Pulau Giam, Pangkor

ok, kenapa saye ckp cuti kali ni kitorg buat keje gile tau.. sebabnya lepas balik dari Pangkor 1 July tu, the next day 2-5 July, kitorg terus terbang ke Kota Bharu utk pegi Perhentian pulak! lagi?! hahahahaha.. tak ke gile namanya? yes, i'm in love already dgn Perhentian! mula-mula ajak gak kawan-kawan, tapi sume busy, so kitorg gamble je pegi berdua.. dan disebabkan kitorg berdua jugak, kitorg dpt offer dari tuan punye chalet Fauna Beach Resort, Abe Di, naik bot balik hari ke Pulau Redang & Pulau Lang Tengah dgn bayaran murah.. hehehehe.. best gile! dalam masa seminggu, 4 pulau kitorg explore.. huhu

Perhentian masa petang-petang nak Maghrib, air surut

snorkelling kat Lang Tengah. sekarang dah terer snorkelling, saye org pertama yg turun dari bot!

ni kat Redang

dua minggu lepas balik dari Perhentian, dalam bulan Julai jugak, saye diarahkan ke Jakarta utk Anugerah Planet Muzik.. tapi kali ni bukan honeymoon, ni kena temankan pemenang contest yg dapat ke sana jugak utk tgk APM.. pegi 2h 1m je.. masa tu saye demam, tapi gagahkan jua jalan-jalan & shopping-shopping kat sana.. APM lak? boring la.. kalau Malaysia jadi tuan rumah, lagi best!

posing dalam tuk tuk kat Jakarta

honeymoon penutup tahun 2009, kitorg ke Bandung.. trip tu tak plan, tiba-tiba je rasa nak pegi, terus beli flight tickets & booking hotel.. first oversea trip dgn my husband & secara sendiri-sendiri.. sebelum ni pegi ramai-ramai & org lain yg jaga schedule, tapi kali ni semua on our own.. ok, the experience was not bad.. best best!

us at Gunung Tangkuban Parahu

untuk tahun 2010 pulak :
16-20 Januari - Bali, tapi kali ni honeymoon dgn family.. 11 org kesemuanya, tak sabar!
February & March - cuti saye dibekukan sebab survey & sweep radio (tapi dah ada plan nak ke Singapore dgn family during weekend, nak merasa naik train ke sana)
April - Bali (ini sebenarnya yg dibeli tiket dulu sebelum trip Januari).. tapi mungkin tak pegi kot.. so, mungkin akan tukar ke Perhentian.. lagi???
Mei - Penang, Tioman or Langkawi kot..
Jun - Kota Kinabalu (harap-harap jadi, kalau cuti tak dibekukan). sambil menyelam minum air.. hantar my brother buat praktikal di Hospital Queen Elizabeth, KK
Julai - cuti dibekukan, second sweep & survey radio
Ogos & September - puasa & raya
October - Guangzhou, China
November & Disember - takde idea lagi.. kalau ke UK & Europe pun best gak kan? winter & Boxing Sale.. my brother, Udin pun still ada kat sana lagi.. takpe, tahun 2011 kot kitorg ke sana, sebelum Udin abis study & konvo bulan Julai.. kalau ikut tahun ni kitorg pegi dgn my parents bulan Mei lepas, tapi tak dpt pegi sebab budget lepas kawin tak menarik.. 2011, go go go!!! insyaAllah.. tapi mama & abah nak pegi lagi ke sana bulan Mac 2010.. mana aci!!!!! hehehehe..


p/s: kalau tau seronok berhoneymoon mcm ni, gerenti awal lagi saye dah kawin. hehehehe.. at least dgn cara ni, takdela boring je rumahtangga & hubungan lagi bertambah sayang.. so, yg lain yg belum kawin, cepat-cepat le kawin ye! tapi byk sgt honeymoon, bila nak ada baby???? muahahahahaha!!!!

to all : thank you so much! ♥ ♥ ♥

happy birthday to me.. ;) thanks kepada semua yg wish sama ada kat Facebook & sms.. terharu & really appreciate it.. muah!

ramai yg amik cuti masa birthday, tapi saye tak penah terfikir lak macam tu.. this year, takde sambutan ape-ape (macam tahun-tahun lepas), saye keje mcm biasa & kitorg pun simpan our celebration sebab nak sambut kat bali next month.. all in one = my birthday + opie's birthday + our anniversary.. ok tak? huhuhu..

hari tu, lepas on air pukul 10 malam, ingat nak balik terus ke rumah sebab saye rasa tak sedap badan.. tekak sakit, kepala sakit & satu badan rasa sengal-sengal, rasanya mesti nak demam.. tapi opie lak nak ke rumah parents dia, kata nak amik dodol la ape.. saye tanya, "tak blh ke amik hari lain? i tak suka dodolla".. dia ckp, "kena pegi jugak, i suka dodol!".. boleh??? sampai area rumah dia, nampak kereta my parents, "eh eh? takkan dari siang berjalan diorg ni?"..

masuk je pintu, tada!!!! surprise!!! *blush blush* thanks u all.. i love all of u so much.. thanks sayang sbb arrangekan surprise ni walaupun.. tak berapa jadi! hahahaha.. sebab dah nampak ramai org kat luar rumah, pintu lambat bukak & confetti tak meletop, armand tak kuat nak tarik! hahahahahaha.. anyway, it was so sweet.. thank u, thank u! ♥ ♥ ♥





2 candle besar + 1 candle kecik = 21 tahun! hahahaha..


thank you sayang, i heart u!




zarra pun ada.. dah pandai meniarap sekarang, bangun tido je mesti nak meniarap

thank you semua yg datang - pakdek & family, pak itam & family, my family & the organizer, my hubby's family.. love u all!

muka org demam kena surprise.. hilang la jap demam, tapi balik je rumah, badan jadi panas gile, siap menggigil-gigil & kepala pun sakit sangat..



dah penat meniarap, tak reti nak pusing balik, terus lentok..



Sunday, December 20, 2009

thank u Nana

tadi petang, lepas selesai Rancak Tour kat Plaza Alam Sentral Shah Alam, saye terima kejutan yg best. tengah lepak-lepak kat Garden Cafe sebelum balik, tiba-tiba semua kawan-kawan nyanyi lagu birthday.. thanks guys walaupun my birthday lagi 2 hari, Selasa ni.. also thanks to my fan, Nana yg belikan brownies & Ferrero Rocher.. patutla dia tanya suka cake ape & chocolate ape.. thank u, thank u.. i loike!!! ♥ ♥ ♥

senyum dalam malu.. huhu

Secret Recipe's brownies.. yummy!

yg tengah pakai baju oren tu la yg belikan this cake.. thanks Nana!

dgn hubby ku yg saye lupa nak bagi cake kat dia lepas potong & pass kat semua kawan-kawan.. boleh tak???? sorry sayang! huhu

Thursday, December 17, 2009

Suria FM Rancak Tour

Road Tour Suria FM kini kembali sebagai persediaan pembuka tirai tahun baru pada 2010. Tetapi kali ini tampil dengan nama baru Suria FM ‘Rancak’ Tour.

Masih lagi mengekalkan tagline “Muzik Terbaik Tanpa Henti”, Suria FM mengorak langkah awal dengan mengadakan sesi jelajah Malaysia bermula Disember ini untuk mendekatkan diri bersama para pendengarnya. Bermula pada 19 Disember 09 bertempat di Plaza Metro Kajang, kemudian pada 20 Disember 09 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Seramai 7 artis popular tanahair yang akan turut serta dalam memeriahkan Suria FM ‘Rancak’ Tour Disember ini antaranya Mawi, Dayang Nurfaizah, Ameng Spring, Diana Danielle, Marsha, Farawahida dan Kumpulan Sofaz.

Untuk kelainan dan merancakkan lagi road tour ini, Suria FM membawa pelbagai tema dalam setiap road tour yang bakal dijalankan. Kali ini, Suria FM bertemakan “back to school” di mana semua penyampai Suria FM dan juga artis-artis akan memakai seragam sekolah seperti pakaian khas sekolah, pakaian unit beruniform, pakaian ala-ala guru dan sebagainya. Bertujuan memeriahkan lagi Road Tour serta memberi kepuasan juga kelainan kepada semua yang hadir.

Para pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan daripada artis-artis dan juga penyampai Suria FM. Turut diadakan kuiz dan permainan menarik di sepanjang Road Tour tersebut dan pastinya pengunjung yang hadir tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana pelbagai barangan ekslusif Suria FM dan dari penaja akan diberikan secara percuma kepada yang bertuah.

Selain itu juga, di sepanjang Disember ini Suria FM menyediakan hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi. Para pendengar Suria FM yang bertuah berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti peluang untuk melancong ke China, percutian di tempat-tempat pelancongan di Malaysia dan juga barangan ekslusif Suria FM. Para pendengar hanya perlu menyertai kuiz yang ringkas dan mudah di Suria FM untuk menjadi pemenang.

Keterangan lanjut, anda boleh layari www.suriafm.com.my.

p/s: artikel Zaff copy paste je dari blog Budiey.. hehehehe

Sunday, December 13, 2009

kisah alam siber

kisah org bercinta di alam siber selalu kite dengar kan? ada yg sampai ke jinjang pelamin, tapi tak banyak.. ramai yg putus di tengah jalan. tapi, bagaimana pula kalau seseorang itu boleh menipu identitinya di laman sosial selama 2 tahun & serta mempermainkan perasaan "pasangannya"?

saye kenal sorg perempuan, (H), ni secara kebetulan. saye kenal dia melalui proses jual beli online.. saye pernahla beli beberapa barang drpd dia, and sepanjang proses tu memang tak pernah jumpa, just berhubung melalui sms dan Facebook.. tapi ada satu masa tu, bila saye sms dia pasal barang yg saye nak order, dia langsung tak reply.. last2 saye bertukar aktiviti tu dgn kawannye yg jugak jual barang yg sama.. and kawan dia ckp si minah H tu ada masalah duit, kononnya clients dah bayar tapi tak dpt barang, jumlah ribu-ribu gak la.. ok, tutup cerita minah H tu..

ni cerita lain lak, baru-baru ni, ada kawan bgtau, ada kawan kitorg yg lain (M), yg dah bercinta secara online selama 2 tahun dgn sorg minah (S) dah putus.. ha??? terkejut la gak kan sebab sebelum ni dah dengar cerita yg diorg nak bertunang ape semua.. tapi, yg jadi masalahnya, diorg dah "bercinta" 2 tahun, tapi tak pernah jumpa, satu sebab perempuan tu stay jauh dari KL & everytime nak jumpa, perempuan tu mesti bagi alasan macam-macam.. and sampai sekarang langsung tak jumpa walau sekali pun!

nak dijadikan cerita, masa tgh bersembang-sembang, saye ternampak nombor telefon minah S tu.. terus recall, "eh mcm aku kenal je nombor fon tu?".. check punye check kat phonebook, rupa-rupanya nombor minah S tu sama dgn nombor H!!! (refer to 2nd para).. tak terkejut beruk?????

balik je rumah, saye terus jadi PI (Private Investigator).. bukak Facebook S & saye bukak gak Facebook H, nak tengokla kot-kot ada bukti yg diorg berdua tu sebenarnya org yg sama.. check punye check punye check.. sekali betul da.. gile kan? nak menipu pun, tukar-tukar la personal info & favourite kan?

yg kawan kitorg M tu pulak, setelah ditanya, memang betul dia dgn S dah putus.. sebabnya M mcm dah syak yg S tu menipu, so dia tekan S tu, tanya mcm-mcm & suruh pompuan tu mengaku, last-last dia mengaku.. gambar profile dia kat Facebook yg meletop tu gambar org lain & selama 2 tahun dia "bercinta" dgn M tu semuanya adalah tipu semata-mata! dia buat mcm tu sebab kononnya dia ada problem dgn husband dia.. iye, dah kawin ye!!! siap ada anak sorg.. patutla asyik mengelak je bila nak jumpa kan? gile, gile..

tapi sekarang ni, si H tu ada kat KL.. last time, bila saye sms dia (lepas tau semua cerita, saje tanya khabar), dia replied cakap sebelum ni dia hilang sebab ada masalah dgn business online dia & dia kena transfer ke KL, siap mintak tolong saye carikan rumah or bilik sewa kat area Desa Petaling.. tapi saye rasa dia tak tau yg saye dah tau cerita sebenarnya, walaupun dari awal saye berurusan online dgn dia, of course dia tau saye kawan M..

ada jugak org mcm tu kan? sanggup menipu org 2 tahun, create mcm-mcm kat Facebook nak nampak best, guna gambar org lain yg cantik & kaya.. padahal, sebenarnya takdela lawa mana & dah kawin lagi.. and sekarang account Facebook dia yg "H" tu, dia dah delete, sebab dah terkantoila kan? tapi yg original "S" still ada lagi..

to M, its ok bila jadi mcm ni, at least u tak ditipu seumur hidup & akhirnya semua dah terbongkar, walaupun after 2 years.. cari je GF lain, tapi this time biar betul-betul jumpa di luar, jgnla bercinta lagi di alam maya.. kitorg kawan-kawan still support u.. :)

p/s: menipu identiti tu sebenarnya salah, so u all yg lain, kalau terfikir nak buat mcm tu, fikir-fikirkanlah balik ye.. tak payahla buat keje bodoh tu!

Sunday, December 6, 2009

home sweet home

dah nak masuk setahun kitorg berkawin, our home adalah tempat paling terbaik utk memadu kasih.. hehehehehe..

semua tempat dalam rumah kitorg berfungsi dgn baik sekali especially bilik tidur, bilik wardrobe & ruang tamu. tapi.. ada gak tempat yg kurang berfungsi, iaitu dapur.. dapur rumah kitorg jarang sgt berasap.. nak berasap sebulan sekali pun susah sebab saye tak suka memasak & tak pandai memasak.. kalau berasap pun setakat goreng finger food, masak maggi & buat nasi goreng bodoh.. kalau yg nampak meletop sikit pun saye masak ayam, daging & ikan sambal (tu pun dpt sambal ready made from my mum, i tumis balik je).. hehehehehe..

barang-barang lak? yg asas semua dah complete, sebab dapat hadiah masa wedding aritu. tapi lagi melengkapkan dapur tu, semlm kitorg dapat microwave from my parents.. i loike! i guess i's a tradition sebab dulu my sister kawin pun diorg bagi microwave & this time kitorg lak dpt walaupun dah nak setahun.. nasib baik tak beli! thanks mama & abah! walaupun tak masak, tapi microwave ni amat berguna utk panas-panaskan balik makanan yg ditapau dari rumah sana! hahahahaha..


sebelum tu lak, a few months after our wedding, kitorg dapat dapur gas from opie's parents.. pun nasib baik tak beli lagi.. hehehehe.. time tu still takde microwave, so at least kenala ada dapur tu kan? nak masak maggi semua senang (maggi je yg diingat!).. hehehehe.. thanks mama & baba!


dan di bawah ni, saye "curi" daripada rumah my parents.. pujuk punye pujuk mama masa nak pindah dulu, last-last dapat gak.. walaupun satu pintu je & ala-ala rumah bujang punye fridge, tapi cukupla untuk kitorg.. lagipun, isi kat dalam fridge tu tak pernahnya penuh pun! hahahaha..


sekarang, rasanya semua dah cukup kat rumah ni, cuma tinggal washing machine & vacuum cleaner je.. ntah bila nak beli.. ke ada sape-sape nak hadiahkan utk kitorg sempena anniversary kitorg yg pertama 29 disember ni????????? *wink wink*