Thursday, September 2, 2010

Penang 2010 (part 2)


second day di Penang, pukul 10 pagi checked-out dari hotel, terus ke Rumah P. Ramlee. tapi sebelum tu kitorg singgah dulu pasa karat yg dekat je dgn Rumah P. Ramlee tu. opie yg teringin sgt nak ke pasar karat tu yg jual banyak barang-barang antik & rare. tapi tak beli ape pun, just cuci mata je..









selepas tu, barulah kitorg berjalan kaki ke Rumah P. Ramlee. FYI, rumah tu Zaff dah bertahun-tahun nak pegi since sekolah lagi. tapi everytime ke sana time raya, asyik tutup je, kalau tak tutup, renovation la pulak! tahun ni barula dapat pegi.. kat kompleks tu ada muzium & rumah kelahiran P. Ramlee. walaupun jaga kat situ tak kasi amik gambar (tak tau kenapa), kitorg curi-curi amik gak gambar rumah lama tu..








then, it's time for lunch. kitorg ke Nasi Kandar Line Clear. semalam tak dapat pegi sebab hujan, ingatkan takde bumbung, rupanya adala.. orang beratur tak hengar punye ramai, tapi kitorg duduk terus je & order suruh diorg hantar kat meja. tak kuasala nak beratur lama-lama! for me, the nasi & lauk so & so je.. nasi kandar beratur kat masjid kapitan keling lagi sedap & kari mamak kat jalan peel tu lagi sedap! tapi ntah kenapa, ramai orang yg suka makan kat line clear tu..







dah konyang, kitorg bergerak ke Chow Rasta. seperti biasala, nak beli jeruk bawak balik KL & my favourite - buah mangga kuning. isyh isyh terliur lak time puasa-puasa ni!





teruskan perjalanan.. ke area masjid kapitan keling utk amik-amik gambar je..




jalan ke depan sikit, ada kawasan Khoo Kongsi. rumah-rumah family, temple & pentas opera diorg. Khoo Kongsi tu antara tokey estet getah yg kaya zaman dulu kat Penang. kawasan tu besar, ada ofis, kuarters family, kedai, dataran.. pendek kata diorg tak payah keluar la dari kawasan tu, semua ada kat dalam kongsi tu. kat temple, hiasan dia punye lawa & detail! gile kaya diorg tu! and keturunan family diorg ada lagi sampai sekarang, siap ada persatuan.



antara kuarters family






salasilah keturunan diorg


temple Khoo Kongsi




pentas opera


kitorg bertolak ke KL dalam pukul 3 petang. sebelum tu masuk taiping, pegi kuala sepetang semata-mata nak makan mee udang mak jah. not bad.. patutla famous! sepinggan RM12 ada 7 ekor udang besar. kalau tak nak makan mee udang, ada nasi goreng, mee goreng dll..



lawatan ke Penang akan jadi acara wajib tiap-tiap tahun. so, next year la pulak ye kite ke sana!

2 comments:

Biqque said...

ya Allah sedapnyer la mee udang ngan nasik kandaq line clear tuuuuuuuuuuu!

Edzlin said...

sejak bila pula rumah p ramlee tak boleh ambil gambar? dah byk kali pergi boleh je ambil gambar. huhu peliklah peraturan itu