Showing posts with label pregnant. Show all posts
Showing posts with label pregnant. Show all posts

Thursday, January 13, 2011

29 Disember 2010 (part 2)

Masuk area OT, I diletakkan kejap kat kaki lima luar OT sementara diorg readykan OT. Datangla assistant pakar bius, dia tanya bila last meal.. so I pun jawab ikut skrip Prof Hashimla.. lagi sekali, terkulat-kulat muka dia.. lebih kurang 10 minit lepas tu, diorg tolak I masuk satu bilik yg sangat terang, sangat luas, sangat bersih & sangat sejuk, then proses bius pun bermula.. Dr. Azmil (pakar bius) bagi I spinal morphin which is cucuk kat tulang belakang & badan akan kebas pinggang ke bawah. Diorg suruh I duduk tegak sambil peluk bantal & dagu rapat ke bawah. Then, dia cucuk pain killer dulu kat area tulang belakang, lepas tu baru dia cucuk ubat bius.. Actually, 3 kali try, baru jumpa space untuk cucuk ubat bius, itu pun setelah puas dia meraba tulang belakang I dari tengkuk sampai ke pinggang. Sakit? Tak langsung! Rasa macam cucuk kat punggung je..

Lepas settle bius, diorg baringkan I, pakaikan I oksigen mask, depangkan kedua-dua tangan I & terus cover depan muka I dgn kain-kain kaler hijau & biru, rupa-rupanya kat situ jugak diorg akan operate. I ingat kena masuk bilik lain, rupa-rupanya itulah OT.. Mana nak tau kan? Tak penah ada experience.. After 5 minit, prof try tekan-tekan hujung pisau kat perut I, masa tu still rasa lagi, punyela nervous! Dalam kepala terfikir, kalaula dia potong perut I, tiba-tiba rasa sakit.. takutnye.. 3 kali jugak dia tekan perut I dengan pisau, I rasa lagi. Then Dr. Azmil (yg rajin entertain I sepanjang operation) cakap, “baca bismillah banyak-banyak, selawat, you’re doing good..” masa tu I fikir, “that’s it, mesti perut aku dah kena potong..”

During the operation, selain Dr. Azmil yang bercakap non-stop dengan I, I was so glad that opie boleh masuk temankan I. nasib baik Prof Hashim bagi dia masuk, siap boleh amik gambar lagi, kalau tak sure lagi nervous & takde sumber kekuatan..



Operation berlangsung dalam masa setengah jam je. Masa operation, memang tak rasa sakit langsung, tapi apa yg diorg buat kat I, korek, seluk, goyang-goyang, gegar-gegar perut semua boleh rasa.. ngeri je dengar kan? Hehe.. tapi yang best, siap boleh sembang-sembang dengan prof, ala-ala macam kat dapur, sambil buat keje, sambil bergosip! Haha.. ada satu masa yang I tak blh lupa sampai sekarang, I dengar prof mintak forcep kat nurse.. La.. dah operate pun, kena guna forcep ke? Rupa-rupanya my baby tersorok kat bawah or senang ckp baby actually tak engaged betul, so kenala guna forcep..

Sebelum baby ditarik keluar, I dapat rasa diorg tekan perut I kat bawah dada 3 kali, punyela kuat, then lepas tu rasa baby ditarik, terus I rasa perut kosong & kempis. Masa tu I gengam tangan opie punyela kuat & bila dengar je suara baby menangis, terus meleleh-leleh airmata ni.. tak habis-habis I tanya opie, baby ok ke tak, dah lupa dah yang prof dok jahit-jahit perut I masa tu.. that was the unforgettable moment masa dalam OT.. opie dapat tengok baby ‘live’ masa dia keluar dari perut, tapi I dapat tengok baby bila dia dah dibersihkan, bila nurse tunjuk kat I.. touchingnya masa tu, mcm tak percaya that is my baby.. yang comelnya, mata baby terbukak & terkebil-kebil pandang I, macam nampak je.. :D


kaki baby dah terjulur keluar & tali pusat nampak tergantung tu



Prof Hashim dgn senang hati tunjuk baby kat opie


nurse tgh cuci baby



first proper photo of my son



Lepas settle jahit & cuci semua, diorg pun dah pasang tiub air kencing kat I, then I ditolak masuk ke recovery room. Masa masuk bilik tu, badan baru rasa sejuk sampai menggigil-gigil.. diorg letak blower kat celah peha, then balut badan dgn selimut, I lepak kat situ dalam 20 minit..

1.10pm, I ditolak masuk ke bilik ward. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar, family pun dah start datang tengok baby Rizqy Harris bin Suffian Harris, yang lahir tepat pukul 12.33 tgh hari dengan berat 3kg di Pusat Pakar UKM.

Thursday, January 6, 2011

before menyerah diri

Meronta-ronta nak blog pasal pengalaman bersalin, lagipun ramai yg bertanya. Cuma sebelum ni tak boleh sebab tak blh duduk lama-lama, but now, I’m ok. :D

Ramai yg tau, my due date was on 19th December. Tap bila sampai harinya, memang takde ape-ape tanda nak bersalin. In fact, on the 19th tu, I boleh lagi keluar lunch dgn family kat Wangsa Walk Mall & jalan-jalan kat situ.. kerja gila kan? Haha

Dalam hati risaula gak, yela dah first baby, kite pun tak tau macam mana. Tapi I memang tak putus-putus doa, mintak baby ok dalam perut & I banyak buat research pasal baby overdue ni. Overdue ni actually keturunan, so maybe I ikut my mum yg pernah overdue 14 hari masa mengandungkan adik I yg ke-3. Overdue memang takde ape-ape masalah, as long setiap hari baby aktif bergerak & Alhamdulillah, my baby memang banyak gerak. Risau gak bila dapat tau, sape-sape yg overdue, hari-hari pegi buat check-up, tapi I tak buat since Prof Hashim takde, dia ke Egypt from 20th-28th.. Tapi, my baby is good, dia tak buat masalah ape-ape pun kat I..

Lepas sehari ke sehari menunggu dgn penuh sabar & nervous, still takde ape-ape. Even I berharap gak baby keluar on 22nd, which was my birthday, tapi takde jugak.. So, sambung la tunggu lagi..

Prof. Hashim bagi date kat I, katanya kalau tak bersalin jugak, by 29th I kena masuk ward, which was “menyerah diri” la. Masa tu dah 40 weeks + 10 days or senang cakap dah 42 weeks.. bila dah “menyerah diri” tu, ada 2 options – induced or c-sect. So? Mana satu nak? Kalau induced, I dah nampak depan mata, my sister sendiri yg kena induced, seksa dia nak bersalin. 24 jam tahan sakit, cervics tak bukak-bukak, last-last kena c-sect jugak. Kalau c-sect pulak, memang kite takkan sakit contraction, serah je diri utk dipotong, sedar-sedar baby dah keluar.

Betulla org cakap penantian itu satu penyiksaan, dari hari ke hari, tunggu rasa sakit, tak datang-datang jugak. So, me & hubby assumed yg baby nak tunggu Prof Hashim jugak sebab on the 29th tu dia dah balik from Egypt.. Selasa malam tu, I dengan rasa tak menentu, sms la Prof Hashim, "hi prof! it's Zafrina. i guess my baby tunggu u jugakla. hehe.. sampai sekarang I tak rasa sakit langsung. so, esok I admitted & I dah called hospital, diorg cakap boleh masuk before 12 pm. I think I go for caesar la prof. dah overdue 10 days & dah jenuh tunggu jugak ni. what do you think? boleh ke? so, tomorrow kalau u ada, we'll see u ya!"

to be continued..


Wednesday, January 5, 2011

sehari sebelum due date

my due date supposedly was on 19th december. tapi sampai ke last day before due date tu, baby dalam perut ni dok relaks je lagi. rasa sakit ape pun takde, just rasa sengal-sengal sikit je kat bawah perut. so, i decided to go to opie's friend's wedding kat dewan seri hendon, putrajaya. duduk rumah pun boring, bukannya buat ape pun, better banyakkan berjalan, senang sikit nak bersalin.

so, kitorg gerak ke putrajaya around 1 pm. sampai sana, jumpa balik kawan-kawan opie yg dah lama tak jumpa, almaklumla sekaranag ramai yg kahwin, so masing-masing busy dgn family atau kerja. favourite question bila jumpa orang, "bila due ni?" I dengan selambanya jawab, "esok!" semua orang punyala terkejut & tak percaya! diorg cakap I boleh lagi relaks jalan-jalan.. ala jawab I lagi, "selagi tak sakit, boleh je nak pegi mana-mana, barang dah ada dalam kereta, kalau jadi ape-ape, terus je ke hospital." hehehe.

pengantin sama cantik, sama handsome, deco dewan cantik, pelamin pun cantik & the food was delicious. congrats to ramu & dian diani, selamat pengantin baru! :D


me, rina, zura & jaja


me & jaja berlawan perut, tapi time ni takde sape boleh lawan perut I dah.. hehe


antara kawan-kawan yg sempat jumpa


cantikkan wife ramu?



pelamin english style


a mom & 2 org mommy-to-be (time ni jela I mommy-to-be)




sebenarnya dari hari sebelum tu, we all dah planned nak ke alamanda lepas wedding. memandangkan memang takde ape-ape tanda nak bersalin, so we all proceed je ke sana. siap ajak kawan-kawan semua. bestnye lepak-lepak sambil makan waffle ice-cream kat food court alamanda. agak lama kitorg catched-up & sembang-sembang. around 7pm, masing-masing nak gerak, tapi kitorg sambung berjalan lagi sampai pukul 9 malam, sempat beli hadiah anniversary untuk masing-masing. :)