Showing posts with label engagement. Show all posts
Showing posts with label engagement. Show all posts

Tuesday, March 12, 2013

adikku dah tunang!

adik ketigaku, Zafrie dah selamat bertunang pada hari Sabtu (9/3) yang lepas. majlis berlangsung kat Taman Meru, Ipoh. pukul 8.30 pagi call time semua family berkumpul kat r&r Rawang. ada yang berkumpul kat rumah maksu sebelum tu. 10 kereta konvoi ke Ipoh. walaupun nenekku tengah tak sihat & masih kat ICU, tapi she's improving, so kitorg pun tak risau sangat tinggal dia kejap kat hospital, but of course ada jugak makcikku yang tunggu kat hospital. next entryla ek ku cerita pasal maktok. kitorg sampai Ipoh tepat pukul 11 pagi.

tak rancang langsung, kebetulan pembawa dulang semua pakai hijau

 sikecik yang colour block. nasib tak pakai baju hijau. kalau tak jadi traffic light

 the cake. masyaAllah ku suka sangat! order thru email je. the baker orang Ipoh. kalau nak order boleh tengok blog dia atau kat FB cari Littlegemz Cupcakes (Ipoh). ku order from KL, kat Ipoh cousin ku pick up. rumah dia kat Kampung Sungai Tapah Tambahan. utk org Ipoh, bolehla order cake kat dia. semua cake meletop & cantik

 sesi berpantun. bapa mertuaku jadi jurucakap wakil family

 that's my bakal adik ipar. Zety nama dia. currently tengah nak abiskan masters, lepas tu dia nak sambung buat phd kat USM Penang

adik-adikku dunia akhirat. ni pun macam janji, girls pakai black, boys pakai green

 bakal pengantin. insyaAllah in November 2013

 kebetulan, macam pakat lak. dua-dua hitam, dua-dua peplum. saje nak cerita pasal peplum kurung yang ku pakai tu. maksu dah berkenan, now kenalah orderkan untuk dia. ku beli kat FB je

Hantaran dari belah perempuan. Kek, pulut kuning, halwa, kuih/cookies, kek lapis, jubah&kopiah dari Mekah, apple salut coklat + tepak sirih
Hantaran from our side. Buah-buahan, kuih, cake, cincin & sirih junjung. Semua digubah oleh mak mertuaku



Dari atas, bakal pengantin dgn my parents & in-laws. Gambar kedua dgn my parents. Gambar ketiga dgn my parents & Zety's parents
amboih! lebaq aih sengih!


 semua sedap! fish fillet masak sweet sour, gulai kambing, masak lemak tempoyak ikan kembung, ayam goreng & sayur plus air asam & sambal belacan. fuh berpeluh sakan makan time panas-panas



To Zafrie & Zety, I am so happy for u guys. Org kata bertunang ni darah manis. Ada betul, ada tak, yg penting mcm mana kite tangani setiap problem. Akak dulu bertunang takde masalah langsung sampai dah dekat nak kawin, blh gaduh besar pasal kad kawin. Cuba nak elak tak gaduh, tp last2 gaduh gak. Itu semua sebenarnya mainan syaitan, dia suka tgk kita gaduh & taknak tgk anak cucu Adam mendirikan masjid. Jadi, all the best ye! :-)


Friday, July 11, 2008

my engagement invitation card



sebelum dan selepas... yg kanan tu, itula rupenya bila nak dihantar kepada org... cun kan? it's all by aziz... hehehehe...


this the invitation card for my engagement... designed by my dear friend aziz... and also printed by him... finishing sume pun dia buat... actually dia sponsored kad ni as a gift for me... thanks darling... really appreciate it... so touching la...

so, kengkawan sume, nantikan kedatangan saye utk menghantar kad ni ye... :))

Sunday, February 10, 2008

Congratulations Jaja!

090208… arini ada 2 events yg perlu saye bagi perhatian… one is erra fazira’s birthday & lagi satu my dear jaja’s engagement… Jaja is a bestfriend of mine yg memang rapat ngan saye sejak kitorg sama 2 study kat UiTM Shah Alam sejak tahun 2003...

For erra’s birthday, kitorg plan nak buat surprise kul 10 pagi kat umah dia… kitorg nak tunggu dia bangun tido, then trus buat surprise… but too bad sbb saye tak leh join sbb at the same time I have to go to jaja’s house at seremban… tapi takpe, in birthday’s eve dia saye dah wish happy birthday to her…

Ikut plan, majlis pertunangan jaja start kul 11.30 pagi… kitorg sampai dkt2 kul 12 tgh hari, nasib baik rombongan shah baru je sampai… so, sempat la tgk jaja sarung cincin… for my dear jaja, I am so happy for u… at last u jumpa gak org yg betul2 sayangkan u… congrats! semoga sampai ke jinjang pelamin ye…

Lagi satu perasan tak? you got engaged bulan 2, family opie dtg merisik I pun bulan yg sama… & ikut plan, you & I akan kawin pun bulan yg sama that is January 2009, Cuma maybe I awal seminggu dari u… what a perfect timing! Sampai opie ckp kat I, “betul punye best friend korang, kawin pun nak sama2!” hehehehe…. Laf u lah! :)

jaja with her fiancee, shah... moga kekal sampai ke jinjang pelamin...

duduk atas pelamin... amik aura & berkat... hehehe...

*more photos wil be uploaded soon!