Wednesday, December 19, 2018

Osaka cara kami (day 2)

hari kedua di Osaka, pukul 5.30am dah bangun, almaklumlah toilet satu je, so kena tunggu giliran nak mandi. kami heavy breakfast di apartment, makan nasi goreng instant Brahim & Sharifah yang dibawa dari KL. 6.30am kami dah bergerak. waktu Osaka awal sejam dari Malaysia and sunrise pun awal, so 6.30 tu dah terang benderang.

 pagi, kedai semua tutup lagi



nampak benda colour hijau tu? lepas kereta parking, benda tu akan flip ke atas. selagi tak bayar flip tu takkan turun. bila bayar kat autopay, masukkan nombor kotak parking, and bayarlah ikut berapa jam kita parked. benda hijau tu automatically ada sistem yang boleh detect berapa lama kita parking. hebat kan?

bayar parking di autopay guna coins. satu malam parking ¥2400. duit Malaysia? you do the math! nampak sampah selonggok sebelah tu? tunggu dikutip oleh lori sampah yang mula bekerja sesubuh sepi'e & settle sebelum orang masuk ofis. 


sebelum ke Osaka Castle, acik-acik minta stop tepi jalan nak ambil gambar pokok. hahahahaha. layankan je, ku pun turun sekali bergambar. pokok tak fully tukar warna lagi, by next week baru tukar sebab dah last week of autumn.





first location kami ke Osaka Castle. just dalam 20 minit dari apartment, cuma sedikit jem sebab rush time orang nak ke ofis. bila dah sampai sana, jenuh pulak nak cari parking yang paling dekat dengan entrance castle, memang takdelah. still kena jalan dalam 10 minit. pusing 3-4 kali jugak cari parking, siap tanya orang tapi cakap macam anjing dengan kucing, semua tak tau English. last-last kami masuk je parking bas. tau berapa kena bayar? ¥3000! nangis.














 the real takoyaki. takoyaki memang berasal dari Osaka, sedap! harga ¥500







next, kami ke Minoo park, dalam setengah jam dari Osaka Castle. macam dalam entry sebelum ni, it's just a park, tapi view dia sangat cantik & ada waterfall. cuma banyak area ditutup sebab masih dalam pemuliharaan selepas typhoon bulan September lepas. 





 pokok banyak tumbang sebab taufan 

busy dengan aktiviti pemuliharaan















next, kami ke Tsurumi Ryokuchi Park, acik-acik nak tengok windmill. again, it's just a park tapi sangat luas and banyak pokok bunga. ada cafe & boleh buat macam-macam aktiviti riadah & boleh berpicnic juga. cuaca sejuk, bestlah berpicnic. 





 15 minit berjalan dari parking, dah jumpa windmill ni













kopi panas beli kat vending machine. ¥160. rindu!

next, kami ke Tempozan Harbour. situ ada mall, ada ferris wheel & Osaka Aquarium Kaiyukan juga kat area situ. first, cari makan dulu sebab dah lunch time. masuk mall, kami tuju ke food court, ku makan tuna Subway je, harga ¥480. adikku makan nasi & tempura sotong & udang, harga ¥1000. lepas makan, kami naik ferris wheel, harga seorang ¥600 kalau tak silap. 


Osaka Aquarium

ni sedap oi. original japanese rice & tempura












 lepas naik ferris wheel, my aunty masuk Osaka Aquarium sebab dia nak tengok her favourite fish, mola fish. kami yang lain tak masuk & just pusing-pusing mall and bergambar di harbour



nice sunset


dah penat, masuk Family Mart. sejuk-sejuk pun harus makan ice-cream kat sana, sedap! sementara tunggu maksu settle, kami lepak je tapi tak boleh duduk outdoor lama sebab sejuk!

5.30pm dah gelap