Saturday, April 3, 2010

RIP TheRealBeramboi

Zaff tak kenal Din Beramboi secara personally, tapi rasanya macam penah jumpa masa dok buat-buat show dulu time still lagi menari..

rasanya macam baru je tengok dia masa final Raja Lawak 3, 4 minggu lepas sebelum AF start. my husband memang layan cerita-cerita lawak, so nak tak nak kenala tengok gak Raja Lawak kat rumah.. tiba-tiba semalam dia dah tinggalkan kite semua.. memang terkejut & tak percaya. masa malam dia meninggal, Zaff memang duduk je depan laptop & melayan twitter. masa baca status JoLee (reporter Malay Mail) yg berbunyi "saat-saat genting", dah terdetik kat hati, tu mesti pasal Din Beramboi. tak lama lepas tu pada pukul 12.45am, memang betul ape yg diteka.. status JoLee, "Abang Din Beramboi baru meninggalkan kita 12.30am di Hospital Selayang. Tolong doakan pemergian abang kita yang menceriakan hari-hari kita"... Zaff pun terus update gak kat my FB & twitter, & rasa-rasanya Zaff antara yg terawal update status pasal Din Beramboi kat FB..

2 hari sebelum dia meninggal, masa dia nazak kat hospital Selayang, Zaff tengok-tengok kat twitter dia, ada 2 tweet yg membayangkan dia macam tau ajal dia nak sampai. Zaff siap tunjuk kat my husband & Tuah..


"Tanda2 ajal mula2 bahgian kaki berasa kebas2 kemudian bransur2 ke bhgian atas hingga ke nafas dan kluar selamanya.. Aku insaf!" - 14 Mac

"Sesape nk ganti aku tahun depan. Dah x larat lagi nk buat klakar sbb dah berumur. Nak beribadah pula rasanya." - 6 Mac


mungkin dia dah tau.. sebab sesiapa yg nak meninggal, 40 hari sebelum tu actually dia dah rasa & dah ada tanda-tanda, cuma tak terluahkan je..

Din Beramboi meninggal disebabkan denggi berdarah.. masyaAllah! Zaff yg penah kena demam denggi ni memang terasa sangat-sangat.. Zaff ada baca dalam paper, sebelum tu dia demam dah seminggu & mungkin dia ingat demam biasa.. bila dah pengsan, dihantar ke klinik & terus dirujuk ke hospital Selayang.. tapi masa tu, buah pinggang dia dah tak berfungsi.. oleh itu kawan-kawan, kalau demam lebih daripada 2 hari, pegi la hospital atau klinik, terus check darah k.. jgn sampai dah melarat, masa tu dah terlambat.. sesungguhnya demam denggi itu sangatla berbahaya!

seluruh Malaysia terasa kehilangannya. dunia seni pada hari Jumaat tu suram je.. takpela kawan-kawan, kite hadiahkan Al-Fatihah kepada dia, semoga dia ditempatkan di kalangan yg beriman & semoga dia tenang di sana. arwah Din Beramboi meninggal pada hari Jumaat, dia dah lepas seksaan kubur.. :) lagi satu yg buat Zaff terasa gak kehilangan dia, walaupun secara jujurnya Zaff memang tak suka semua lawak-lawaknya, Din Beramboi lahir sama tarikh dgn Zaff, 22 Disember!

Al-Fatihah..

1 comment:

Edzlin said...

Al-Fatihah... pernah jumpa arwah abg din, seorg yg sangat peramah. kalau kita malu nak tegur, dia yg datang kat kita tanya khabar.