Friday, March 13, 2009

terengganu & kuantan

pada 28 februari & 1 mac lepas, team SURIAfm ke kuala terengganu & kuantan bersempena roadtour lelong amal kitorg. artis-artis yang turut serta - liyana jasmay, ameng spring, bandi amuk, mus may, alyah, azizi & aesar mjustafa. kitorg bertolak dari kl pukul 7 pagi, sampai K.T pukul 2.30 petang, terus lunch kat pantai batu buruk. lepas tu kitorg terus ke mydin K.T, show kat sana start pukul 4 petang. kat sana, okla, barang peribadi artis yang dilelong habis semua terjual. kali ni semua kutipan akan diserahkan ke rumah Pernim. cuaca kat K.T panas sekali, kena lak stage kat luat entrance Mydin... isyh isyh isyh.. :)

settle show, pihak Mydin jamu kitorg high tea. ada nasi tomato & keropok lekor. then we all terus cabut ke kuantan. sebelum tu sempat singgah kat Losong beli keropok lekor. saye tak beli pun sebab adik angkat saye, aizan dah belikan. katanya keropok kat losong tak berapa best (tapi famous di kalangan pelancong), kat seberang takir lagi sedap. so dia belikan saye keropok lekor kat situ... saye kirim kat dia takdela banyak sgt, tp dia beli punyela banyak, katanya suruh bagi kat mama & my sister sekali... :)

gambar yang di "curi" daripada facebook Naim. hehehehe... ni lepas show kat Mydin K.T


sampai kuantan pukul 12 tgh malam. badan ni letih sangat. bayangkan ye, 7 jam dari KL ke K.T, 4 jam dari K.T ke kuantan. 11 jam dalam bas dalam masa satu hari!!! mak ai... masuk bilik hotel, duduk atas katil, tulang punggung ni terasa sakit-sakit dan sengal-sengal.... hehehehe... lepas, bersihkan badan, terus tido tak sedar diri... :)

esoknya, show di Berjaya Megamall Kuantan start pukul 2 petang. pukul 12 tgh hari check out dari hotel, terus ke tempat show & lunch di Kenny Rogers Roasters. hari tu show best sikit sebab tak panas macam kat Mydin... dan sambutan memang best, saye dan naim dapat jual barang peribadi Mus May dengan harga paling tinggi iaitu RM550... ok la kan? untuk amal...

tengah bergossip apa la tu kan? jeng jeng jeng...

bandi amuk

ameng spring

kak lin & zizi bersama liyana jasmay

liyana jasmay performed single terbaru dia, Aku Tak Percaya Cinta


aesar mustafa yang nyanyi kat wedding saye dulu... :)

selesai show, kitorg dinner kat Tanjung Lumpur, then terus balik ke KL. sampai KL dalam pukul 11 lebih. penat tapi dan tanggungjawab... :)

next location, Village Mall Sungai Petani, Kedah & Taiping pada 28 & 29 mac 2009. see u!

1 comment:

Edzlin said...

Village mall SP! wuhhuuuu...area family saya slalu lepak. jumpa d sana... :)