Wednesday, January 7, 2009

second day di langkawi

Second day kitorg kat langkawi… pagi tak keluar ke mana pun, just relax kat bilik, online jap, pukul 2 petang baru keluar cari makan. Kitorg ke Kuah sebab lepas lunch terus nak shopping chocolate nak bawak balik ke kl..


Makan nasi campur kat sebuah kedai dekat-dekat pekan Kuah, punyela makan tak sedar diri… sodap lak tu! hehehehe… malam tadi tak dinner, breakfast lak just roti sekeping, tu yg lapar gile tu! Ingat tak nak makan nasi (as usual weekdays I diet nasik!), tapi sebab badan rasa lemau je, tu yg makan gak. Lagipun lepas tu nak banyak berjalan, kang tak larat lak! Hehehehe….


Lepas makan, kitorg ke kedai-kedai kat area pekan Kuah, park kereta kat depan kedai Hj. Ismail Group, terus masuk borong chocolate… tapi sebenarnya mata terpaku dekat set-set pinggan mangkuk & cutlery, tapi ku gagahkan diri dan ingatkan diri jangan beli sebab hadiah masa wedding aritu pun banyak… hehehehe…





Lepas memborong chocolate, kitorg tinggalkan beg-beg plastic yg ada chocolate tu kat kedai tu kejap (sebab nak letak dalam kereta takut cair, cuaca panas ya amat), then kitorg berjalan satu pekan tu… masuk dari satu kedai ke kedai tapi tak beli banyak pun sebab barang yg dijual lebih kurang sama je… saye just beli dress batik 2 pasang & satu sling bag, opie lak beli curut untuk pak itam dia…


Lepas menyejukkan tekak, kitorg gerak ke hotel balik. Kena tinggal chocolate dulu kat bilik, baru boleh nak jalan-jalan ke tempat lain… saye dah target nak ke Padang Beras Terbakar dan Makam Mahsuri. So kitorg patah balik la ke situ… macam saye bgtau semalam, memang tak susah nak cari tempat tu. Berpandukan peta dan signboard yg memang mesra pelancong kitorg sampai la kat tempat-tempat tu…








Field of Burnt Rice atau Padang Beras Terbakar, kitorg sampai je terus tertanya-tanya betul ke tempat tu… sebab sebelum nak sampai ke rumah tu, ada bazaar yg jual banyak souvenir… sebenarnya tempat tu kat belakang bazaar tu… tempat beras terbakar tu kat laman sebuah rumah kampung, tapi dah takde dah beras tu… kalau a few years back, kita masih boleh lihat lagi beras yg terbakar tu… maybe sebab faktor peralihan masa, hujan, angin dan lain-lain buat beras tu lenyap…. kalau ada pun dalam satu mangkuk je diorg buat display kat situ…


Then, kitorg ke Makam Mahsuri yg terletak tak jauh dari Beras Terbakar… sebenarnya makam Mahsuri tu terletak dalam Kompleks Mahsuri yg turut ada muzium, perigi Mahsuri, replika rumah-rumah zaman dahulu kala dan rumah keluarga Mahsuri… kitorg sampai lagi 15 minit nak tutup, tapi sebab dah sampai, masuk je la kan? Bayar la RM5 sorg…







ni rumah keluarga Mahsuri

perigi Mahsuri yg masih ada air sampai sekarang. diorg siap jual lagi air tu...


dalam rumah Mahsuri


Pandak Mayah tu bapa kepada Mahsuri


Destinasi seterusnya, kitorg ke pantai Chenang… jalan menyusuri pantai lebih kurang 1 kilometer, amik-amik gambar & dinner kat area situ… sodap betul makan seafood! Heheheh… cukup seronok, tengok pemandangan matahari turun kat pantai & lampu-lampu yg cantik juga night market kat area situ… esok, aktiviti kitorg, island hopping… pukul 8.30 pagi call time kat lobby… :)












sodapnye! restoran DiFiqa kat Pantai Chenang... ikan bawal tiga rasa, udang masak asam jawa (signature restoran tu) & sotong goreng tepung...



5 comments:

Anonymous said...

salam...kebahagiaan terpancar di wajah anda..:)

Anonymous said...

Heyy..macam best pulak langkawi dalam gambar.kene pegi jugak nieyh.
nak chocolate jugakkkk.
btw, i looovvveeee ur sling bag.very understated.

Biqque said...

santek gambar! tangkap sendri ke ada orang lain ni? hehe!

Edzlin said...

island hopping? ni ikut guna Geopark Langkawi kan. saya pegi dulu ada beri ikan pari dan helang makan. bestnya korang nya honeymoon

Zafrina said...

udin, nanti akak hantar ye chocolate! hehehehe... beg tu beli kat langkawi... lawa kan? tgkla sape yg pilih?

biqque, gambar tu opie la yg amik... kalau yg berdua, dia pakai timer... :)

edzlin007, island hopping kitorg naik kat pantai tengah... dia byk jeti blh pegi, ikut boat man la... pegi 3 pulau, pulau dayang bunting, pulau singa bagi helang makan & pulau beras basah utk mandi manda... :)