Saturday, December 31, 2011

The ONE part 2



extended holiday on Monday, maka berlakulah jamuan makan sempena birthday Rizqy yang pertama. seawal pukul 10 pagi kitorg siapkan rumah & tiup belon bagai.. ye semua belon tu saye yang tiup ye! mula-mula malas nak deco-deco, tapi bila fikir it's first birthday Rizqy, so nak la ada kenangan. nak ada kenangan, kenala amik gambar. nak amik gambar, kenala ada tempat yang cantik-cantik sikit, at least special la sikit kan? jadinya, hari Jumaat bile pegi Ikano, my officemate masuk Party World untuk beli something for her niece's birthday, saye pun terjebakla beli birthday banner & huruf-huruf nama Rizqy. hari Sabtu lak, Opie beli belon.. jadinya, berserila sikit rumah kitorg dengan hiasan yang tak seberapa hasil kreativiti mama & papa. hehehe..

tepat pukul 2 petang, para tetamu yang mana semuanya my family & family opie pun sampai. semua sampai on time sebab nak lunch & lapar agaknya. menu of the day - nasi daging, spaghetti bolognaise & carbonara pasta, macaroni goreng, kacang pool, kuih-kuih, buah-buahan & cake..






chocolate fountain. yums!




kacang pool made by MIL


nasi daging, dalca, bolognaise, macaroni goreng & carbonara. all by my mum





moist butter cake by Opie's cousin. for cake topping, saye print kat Edible Print. email gambar kat diorg & diorg print. boleh dimakan, harga murah, cepat & reliable. boleh self-collect or poslaju.


surprise!



Zarra yang tak abis-abis belek kek Upin Ipin tu





sesi membuka hadiah



banyaknya hadiah Rizqy..




thanks to our big family yang sudi datang & thanks for the presents also. untuk kawan-kawan, nanti Rizqy dah besar, baru saye jemput ye sekali dengan anak-anak, baru best! :D



Friday, December 30, 2011

sedap jari kaki ni

Sedap betul gigit jari kaki.. Ni sape yang tengok gambar ni, first thing kat kepala mesti cakap, "oh nak dapat adikla tu".. Saye sangat-sangat tak setuju dengan statement tu. Ntah ape kena mengena jari kaki dgn nak dapat adik. Takde bukti saintifik, dah tak boleh pakai dah mitos tu.. Yang penting, memang Rizqy takkan dpt adik (in 4-5 years) sebab saye tak nak. Cara tak nak lekat, ada macam-macam kaedah.. InsyaAllah.. Jadi, takyah la kata lebih-lebih bila nampak budak hisap jari kaki. Its very annoying & irritating.


Published with Blogger-droid v2.0.2

sudah setahun

Aktiviti Rizqy di hari lahir dia, 29 Disember 2011. Asal lepas kat depan rumah, ni jela keje dia. Busy sangat.. Kadang-kadang sampai tertonggeng-tonggeng tolak benda alah tu. Rizqy Rizqy..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, December 27, 2011

The ONE

Rizqy Harris is "The One". Happy birthday anak mama! Walaupun mama selalu jerit-jerit kat Rizqy sebab Rizqy sangat lasak, only Allah knows how much mama & papa love u. Be good, be smart & semoga jadi anak yg soleh. Amin..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Saturday, December 24, 2011

testing

Guna Tab. :-)


Published with Blogger-droid v2.0.2

jamuan birthday

29 Disember ni Rizqy Harris genap setahun. plan tak nak buat birthday party utk dia sebab mama papa ni memang kedekut! haha. lagipun dia kecik lagi kan? tapi we all planned nak buat family gath je to celebrate his birthday. tarikh dah dipilih, advance 3 hari, which is on 26 December sebab semua cuti lagi..

mula planned nak ajak my family & family opie je sebab tak nak ajak ramai-ramai, (kedekut & penat nak kemas rumah). haha. tapi mama dah cakap kat maktok, tiba-tiba dia nak datang nak tengok cicit. jadinya kalau maktok datang, of course la anak-beranak maksu pun datang.. last-last jadi ramai gak bila mama nak jemput semua family dia yang ada kat KL.. hhhmmm nampaknya kenala jemput gak family opie yang lain yang mana rapat-rapat.. nasibla dah ada bibik tolong mengemas nanti, kalau tak pengsan! dahla esok tu keje macam biasa.

so menu untuk hari tu - nasi daging, spaghetti bolognaise & carbonara, kacang pool, butter cake, buah-buah & kuih muih. chef nye? of course la my mum! saye bagi duit je.. hehe

tema party? takde tema-temanye! tunggu je la tengok gambar nanti saye update ye! :D


saya suka! saya suka!

last entry, saye ada tanya, ada ke birthday gift from hubby..
taddaaaa!!!! :D


thank u love! walaupun surprise tak menjadi & lambat sehari sebab masalah courier, tapi I tak kisah.. saya suka! saya suka! eh mcm Mei Mei dalam Upin Ipin lak! LOL!

Thursday, December 22, 2011

happy birthday!

today is my 30th birthday. i got this.. an umbrella from my officemate..



and this..



an accessories box, also from my officemate.



mana gift from my dear husband? ada ke?
but, i already got the most precious gift from Allah swt..



ni pun best gak, sehari sebelum my birthday, dapat bergambar dengan pelakon pujaan ku! Johan Asari aka Botak.


happy birthday to me!
30 tahun, 3 tahun berkahwin and now 3 of us - Mama, Papa & Rizqy Harris. :D


Sunday, December 18, 2011

jalan-jalan keliling tasik

Sabtu.. duit dah abis sebab bayar duit hospital Rizqy yang RM2 ribu, so kitorg duduk rumah diam-diam.. haha. tengah hari keluar ke kedai kuning beli lauk - gulai kambing, ikan keli goreng & sambal belacan. balik makan kat rumah, marvelous! dari sekolah makan lauk kedai kuning tu, sampai sekarang sama je rasanya..

petang, nap kejap. Rizqy pun sama, nap sampai 2 jam. lega! petang, mula-mula hujan.. ala frust sebab ingat nak pegi lake garden.. tapi dekat pukul 6, hujan dah stop, so kitorg pun cepat-cepat pegi Lake Valley, Bandar Tun Hussein Onn.. first time ke sana, excited bawak Rizqy. nak bagi dia main kat playground, dia kecik sangat, nanti kena buli dengan budak besar lain.. so, kitorg jalan-jalan & tengok fish.. :)


lepas dia jalan, laju je ke tasik. ingat pool ke?















kitorg jalan slow-slow keliling tasik. besar jugak tasik tu. dah separuh jalan, tengok-tengok takde short cut, takkan nak patah balik kan? so teruskanla perjalanan.. best gak, terus rasa sihat! hehe.. bagus gak spent weekend macam ni.. daripada pegi mall duit abis, baik spent quality time dengan family kat rumah & tempat-tempat rekreasi. ;)


Friday, December 16, 2011

setahun, susu & botol

lagi 2 minggu nak masuk setahun, susu putih biasa Rizqy tak nak minum. sehari sebotol pun susah nak abis. dia sanggup tunggu saye balik keje, baru nak breastfeeding.. so, semalam try bagi dia minum susu coklat Zarra, dia suka! jadi, saye pun terusla pegi beli susu coklat Dutch Lady 1,2,3. lega tengok dia minum non-stop sampai abis sebotol dalam masa sekejap je!

satu lagi halnya dgn Rizqy, dia macam tak nak guna botol gemuk Tommee Tippee, susah nak pegang kot. tukar ke botol biasa baru dia suka sebab boleh pegang sebelah tangan. so saye plan nak beli botol baru untuk dia. botol yang banyak dapat hadiah semua bukan BPA free, some more botol kecik. jadi, saye akan order baby bottle Tupperware. saye yg lagi excited sebenarnya! haha.


Sunday, December 11, 2011

selamat pengantin baru Bob!

hari ni birthday sahabat baikku di SuriaFM, Bob. hari ni jugak resepsi dia kat PJ. Bob dah kawin! orang ketiga di Programming yg dah selamat berkahwin.. yang lain bila lagi? hehehe.. kitorg berkesempatan ke kenduri dia walaupun ku demam.. sangat besar-besaran ye wedding dia! meriah & happening!




ramai yang nak main-main dengan Rizqy, senang kitorg nak makan


bunting penunjuk arah, banner, kad jemputan semua konsep macam ni.. dahsyat!







tak sempat bergambar dengan pengantin, amik dari jauh pun oklah..





Happy Birthday, tahniah & Selamat Pengantin Baru Bobby.. I am so happy for u.. sebenarnya agak emosi tadi tengok kau kat pelamin.. tak tau kenapa, mungkin sebab dah lama kite berkawan.. semoga berkekalan ye! :D