Sunday, June 27, 2010

bila pregnant..

  • takde morning sickness langsung, Alhamdulillah..
  • first trimester, selalu rasa lapar gile, sampai kena gastrik. bila dah 3 bulan, dah masuk 2nd trimester, rasa lapar tu dah boleh control, now lapar mcm biasa je
  • tak boleh makan tapai & nanas.. that's my favourite.. :(
  • ramai yg tanya baby Bali ke? so, biar Zaff bagitau kat sini, BUKAN. baby ni jadi before we all pegi bali bulan 4 tu.. hehehehe
  • nafsu untuk makan menggila-gila. tapi sedaya-upaya cuba kontrol. jenuh nak diet lepas bersalin nanti
  • takde mengidam yg pelik-pelik, Alhamdulillah.. kalau tak, jenuh my hubby!
  • agak moody.. kesian my hubby
  • awal-awal pregnant, selalu rasa malas je.. asyik nak tido je, sekarang dah ok! :)
  • tak boleh bela kucing.. so, kucing kitorg diberi balik kepada tuan asal. bela kucing tak elok for baby sebab kucing ada bakteria ape ntah
  • tak suka minum semua jenis coffee. padahal dulu, that's my favourite!
  • suka minum tea & ice lemon tea. dulu tak suka
  • doctor advice jgn makan nasi banyak, nanti gemuk
  • suka bermanja-manja dgn my mum, mintak dia masak semua my favourite dish & ape yg rasa nak makan.. thank u mama, love u!
  • suka makan mee bandung, dulu sangat jarang makan benda alah tu
  • ada masa rasa boring & muak makan ayam. dulu takde pun rasa macam tu!
  • hari-hari kena makan folic acid & calcium. masuk 18 weeks, kena makan obimin pulak. dulu sebelum pregnant, takdela kena makan ubat hari-hari
  • selalu bermimpi. dulu sebelum pregnant susah nak mimpi, sekarang ada je mimpi.. rupa-rupanya memang salah satu simptom bila pregnant, kite selalu bermimpi
  • selalu ke toilet bila malam-malam, kadang-kadang tension gak. tak minum banyak pun, mesti rasa nak terkencing, itu pun salah satu simptom preggy
  • baru masuk 3 bulan, perut dah nampak. ramai yg tegur.. hehehehe.. maybe sebab isi perut ku tebal gak, tu yg cepat nampak perut memboyot! hehehehe
  • tapak kaki selalu sakit-sakit. berdiri lama sikit je mesti sakit. ni belum lagi perut membesar..
  • hari-hari kena sapu Bio-Oil kat perut untuk mengelakkan stretch mark
  • rambut banyak gugur, mungkin sebab perubahan hormon. now menunggu masa untuk potong sependek-pendeknya rambut ni
  • rasa happy & excited bila tiap-tiap minggu dapat updates from Baby Center tentang perkembangan baby.. now I am 15 weeks.. :)
  • malas nak gi tempat yg sesak-sesak, malas nak jalan-jalan or shopping-shopping, save duit.. hahaha
  • tido dgn tinggikan kaki, takut kaki bengkak..
  • dapat tau due 19 Disember, tapi sgt berharap baby keluar on the same date of my birthday, 22 Disember
  • kena cancel trip ke Guangzhou bulan 10 nanti, dah tak larat kot nak jalan-jalan lagi time tu. tapi plan nak pegi Pulau Perhentian sebelum puasa nanti.
  • naik pangkat, salary pun naik & dapat beli double-storey link house kat Bandar Sungai Long. lagi best, rumah tu batu-bata merah, which is my hubby suka rumah mcm tu. paling cepat pindah sebelum puasa, atau lepas raya. sangat tak sabar! Alhamdulillah, rezeki baby..
  • last week, bila scan baby, dah nampak dah baby boy or girl.. tapi rahsia! hahaha.. sabar-sabar ye.. sape-sape yg dah tau, sila zip mulut anda!

Singapore (day 2)

second day di Singapore, pukul 8 pagi dah gerak ke Universal Studios. gigih kan? padahal bukak pukul 10 pagi. kitorg breakfast dulu kat area Universal Studios tu, nasib baik ada Toast Box & Bread Story yang bukak awal.. orang dah ramai, diorg pun excited macam kitorg gak kot?

Universal Studios ni owned by Resorts World, yang owned jugak Genting Highlands.. sakit hati kan diorg bukak Universal Studios kat S'pore instead of Malaysia? nak buat mcm mana, masa diorg mintak nak buat kat Malaysia, government masa tu tak luluskan.. tu la yg bukak kat S'pore.. kalau tak, mesti best, nama Malaysia pun lagi popular kat mata dunia sebab Universal Studios ni memang jadi tarikan pelancong seluruh dunia and also menjana ekonomi negara.. masa kitorg pegi pun, Singaporean takde pun, semua org luar Singapore. harap-harap lepas ni kalau boleh bukak Disneyland kat Malaysia, government luluskan.. Disneyland pun best gile!!!!!

tiket masuk boleh beli online or walk-in je kat kaunter, tapi advisable beli online. harga 72SGD, tapi nanti dapat free voucher 5SGD for meals & 5SGD for merchandise, so boleh harga tiket bersih 62SGD la.. agak mahal, tapi berbaloi sebab harga sama je dgn theme park yang lain kat seluruh dunia.

attractions banyak & memang best, cuma larat dgn tak larat nak beratur je.. kalau weekend, lagi ramai orang.. antara attractions yang ada, Hollywood Boulevard, Shrek, Madagascar, Water World, Lost City, Jurassic Park, Egypt (Revenge of the Mummy), Sci-Fi City, New York City dan banyak lagila. kat area New York City paling best sebab betul-betul rasa mcm kat sana zaman dulu-dulu.. dengan replika bangunan dia & kalau bertuah, terserempak dengan Charlie Chaplin & Marilyn Monroe, boleh amik gambar dgn diorg. kalau attraction lak, yg paling best - Lights, Camera, Action, hosted by Steven Spielberg. masuk studio tengok cara diorg shooting dgn aksi-aksi thriller, ada api sana-sini, bom meletupla.. best gile!

nak makan pun senang, ada banyak foodcourt, kena pandai pilih & tawakal je mana halal & tak halal.. biasala S'pore kan? halal & non-halal selamba je bercampur-aduk.

petang sikit pukul 2 ke atas, ada banyak street shows, masa kitorg pegi ada show Hairspray the Musical & ape ntah lagi satu, tak ingat lak.. sempat jugak bergambar dgn Kungfu Panda, Woody Woodpecker & Frakenstein kat Hollywood Boulevard. overall, memang best, recommended to go & boleh buat siaran ulangan.. :D

5 beradik kat entrance Resorts World


tempat wajib bergambar


entrance nak masuk ke Universal Studios


masuk je entrance, ni Hollywood Boulevard







bergambar dengan Charlie Chaplin


Po, the Kungfu Panda. tengok Zarra siap sandar kat perut Po tu



1 family


Romantika di Bali



Bercuti bersama insan tersayang tentunya memberi 1001 makna apatah lagi jika dapat meluangkan masa bersama tanpa gangguan kesibukan kota dan juga bebanan tugasan yang tidak putus-putus datang bertimpa.


Bagi penyampai radio Suria FM, Zaf atau Zafrina Abd. Rahman, 29, peluang keemasan bercuti bersama suami tercinta, Suffian Harris Mustapa dimanfaatkan sepenuhnya selama empat hari di Bali, Indonesia pada April lalu.

Cerita Zaf, kunjungan ke Bali bersama suaminya yang lebih dikenali sebagai Opie adalah kali kedua buat mereka setelah kunjungan kali pertama ke Bali pada Januari lalu bersama 10 ahli keluarganya.

Pengalaman percutian yang menyeronokkan menyebabkan Zaf begitu teruja untuk kembali ke pulau yang sarat dengan unsur ketenangan serta romantis kira-kira tiga bulan kemudian.

”Sebenarnya percutian saya ke Bali pada April lalu bersama suami memang sudah dirancang semenjak pertengahan tahun lalu, bagaimana pun kunjungan bersama keluarga pada Januari dirancang pada saat-saat akhir.

”Saya gembira kerana berpeluang ke Bali sebanyak dua kali dalam masa singkat sebab sebelum ini hanya dengar cerita orang sahaja tetapi akhirnya saya dapat juga merasai sendiri percutian yang manis itu bersama keluarga dan kemudian bersama insan yang saya cintai, baru saya faham erti keindahan Bali,” katanya kepada Sinar Harian.

Zaf berkata, perkara yang melucukan semasa bercuti bersama suaminya, mereka melakukan aktiviti yang tidak pernah dilakukan semasa berada di Malaysia tanpa menyedari dirinya sedang hamil dua bulan.

”Di Malaysia kami tidak pernah menaiki motosikal bersama, bagaimana pun semasa di Bali Zaf dan suami menyewa sebuah motosikal dan kami menaiki motor bersama dari tempat penginapan di Legian sehingga ke Kuta dan Nusadua yang jaraknya lebih kurang 45 minit.

”Semasa itu saya masih belum mengetahui diri saya sedang hamil anak sulung kami, cuma bila sudah lama menaiki motor badan saya mula sakit-sakit, ingatkan kerana tidak biasa naik motor rupanya kerana saya sedang berbadan dua,” katanya ceria.

Zaf berkata, mengapa dia dan suami memilih Bali sebagai destinasi percutian adalah disebabkan mereka amat menyukai pantai dan laut.

”Zaf dan suami sangat sukakan pantai dan laut apatah lagi suami Zaf suka bermain papan luncur air, ketika berkunjung pada kali pertama dengan kelaurga kami lebih banyak melawat tempat-tempat di sekitar Bali namun percutian kali kedua ini kami manfaatkan sepenuhnya melepak di tepi pantai dan bermain air,” katanya yang mengetahui tentang kehamilannya setelah pulang dari Bali setelah merasa tidak sedap badan.

”Tidak lama selepas pulang dari Bali, Zaf rasa tidak beberapa sihat kemudian Zaf tergerak hati untuk buat ujian kehamilan, bila positif Zaf terus ajak suami ke klinik dan bila doktor sahkan Zaf sudah hamil tiga bulan ketika itu, Zaf dan suami terus ketawa mengenangkan aktiviti yang kami buat di Bali,” katanya yang masih ingin untuk berkunjung ke destinasi romantik itu.


Sumber : Sinar Harian Online, Ahad, 27 Jun 2010


SOSEH SOSEH: Zaff Suria, Ina Naim hamil 5 bulan

PASTI ramai di kalangan peminat dunia seni gembira apabila mendengar berita beberapa artis bakal menimbang cahaya mata. Selepas pelakon, Linda Rafar dan penyanyi, Nikki Palikat yang hamil lima bulan, SS dapat tahu penyampai radio Suria FM, Zafrina Abd Rahman juga mengandung lima bulan anak pertama.

Rakan SS yang bertemu Zafrina atau lebih mesra disapa Zaff pada majlis stesen radio itu, baru-baru ini sempat bertanya khabar dan perkembangan mengenai bekas penari profesional itu. Dalam diam, Zaff yang boleh dikategorikan antara penyampai radio senior di Suria FM bakal dinaikkan pangkat kepada produser untuk mengendalikan semua program mingguan.

Itu dinamakan rezeki. Bukan hanya meluaskan kerjaya dalam bidang penyiaran radio, malah Zaff terus mendapat kepercayaan pihak pengurusan radio itu yang melakukan beberapa perubahan dari segi pentadbiran. Stesen radio itu juga dikenali dengan tagline Muzik Terbaik 90-an dan Terbaru.

SS difahamkan, Zaff yang sebelum ini bergandingan dengan rakan penyampai, Tuah Zolqarnain untuk segmen malam di Suria FM buat sementara waktu mengendalikan segmen Suria Drive jam 4 petang hingga 8 malam menggantikan tempat Linda Onn yang kini sedang mengerjakan umrah. Tugas produser itu dijangka bermula minggu depan.

Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, Zaff bersama suami, Opie Harris cukup gembira menanti kelahiran anak pertama, seterusnya bergelar ibu bapa.

Dalam pada itu, SS juga tumpang gembira apabila mendengar berita mengenai isteri kepada bekas anggota kumpulan InTeam, Suhaimi Saad iaitu Ina Naim yang kini berbadan dua. Seperti Zaff, kandungan Ina juga berusia lima bulan.

Sumber : Harian Metro Online, Sabtu 26 Jun 2010


Monday, June 14, 2010

Singapore (day 1)

last 2 weeks, kitorg satu family, 10 org, telah bersuka ria di Singapura. hehehehe.. kitorg bergerak dari KLIA naik Jetstar Airlines pukul 8.40 pagi dan sampai Singapore 45 minit kemudian. landed kat Changi Airport, kitorg amik cab ke hotel utk check-in & kebetulan paksu Zaff pun ada kat sana, kitorg gi lunch dgn dia kat Ion Orchard Road, lepas tu kitorg dapat 500 SGD. hahahaha.. tu yg suka kalau jumpa dia tu! sayang paksu..!

makan kat food court S'pore adalah sangat mencabar ye! bukan ape, sebelah tempat Nasi Padang yg kitorg nak order tu, selamba je tergantung makanan kesukaan kaum tut.. tekak dah kembang, tapi bila tengok tempat masak dia memang bercover & tak share langsung, ok kan jela.. kat sana memang bercampur-campur makanan halal & tak halal, so tawakal jela, as long kite makan makanan Indo, melayu or mamak. lepas dah lunch, kitorg jalan-jalan & shopping-shopping kat Orchard Road. sekarang tengah Great Sale of S'pore, memang haruray la bershopping! :D






around 4pm, kitorg naik cab balik ke hotel sebab nak tunggu my brother from UK yg balik bercuti. dia sampai KL, terus naik connecting flight ke S'pore jumpa kitorg kat sana. sementara tunggu dia, Zaff yg dah sangat kepenatan, kaki dah sakit, pinggang pun sakit gile, sempatla tido kejap. mcm ni rasanya org pregnant, kalau dulu jalan sejauh-jauh tidak pun boleh, tapi sekarang, kejap je dah sakit sana sini.. sabar jelah!

Ruddin sampai dekat-dekat pukul 7 malam. so good to see him after nearly 1 year terpisah. yg lagi dramatik, tak jumpa kat KL, tapi jumpa kat S'pore! hahahaha.. sempat gak bersembang dgn dia yg kepenatan kelam-kabut tukar airport dari KLIA ke LCCT, nak kejar flight ke S'pore, gara-gara flight kat Dubai lintang-pukang time departurenya! itula bahaya kalau amik connecting flight. buatnya flight sebelum tu delay, next flight ada yg terlepas! mana lagi nak tunggu beg yg 30 kilo beratnya, nasib baikla ada sorg kawan dia yg blh dia mintak tolong amikkan beg tu & bagi kat driver paksu yg tunggu kat KLIA. kalau dia sorg-sorg, confirm memang tak sampai la S'pore.. anyway, dah selamat semuanya! hehehehe

malam, we all ke Orchard Road balik, dinner Ayam Penyet Ria kat Lucky Plaza. gile best sambal dia! then, kitorg ke Beach Road, nak makan sup tulang merah lak. sup tulang tu kat Golden Mile Food Court, Beach Road, Anthony Bourdain pun penah gi makan sup tulang tu. tu yg semua nak try tu! tapi Zaff rasa dulu makan lagi sedap, mungkin yg tu tempat lain punye kot..


dari Beach Road kitorg ke Mustafa Center, saje nak tgk ape rupa tempat tu yg katanya bukak 24 jam. jam dah pukul 10 malam, dah agak susah nak dpt cab, sampai kena beratur lama la jugak. nak-nak pulak kat Beach Road tu tempat bas berhenti, lagila ramai yang nak amik cab. lama gakla tunggu, dalam setengah jam kot baru dpt cab.

Mustafa Center kat Little India, mcm Mydin je cuma barang dia banyak gile la. kata jela nak ape, semuanya ada, yang lainnya dia beroperasi 24 jam! kitorg kat situ kejap je dlm 15 minit then terus gerak balik sebab esok pagi-pagi nak bangun nak ke Universal Studio.

here comes the part yg betul-betul menguji kesabaran. nak dapat cab kat area Little India tu punyela susah! tak dapat depan Mustafa Center, kitorg berjalan ke main road. kat situ pun takde cab yang nak stop! semuanya on call, busy or shift change. kitorg tunggu sampai dekat sejam! bukan kitorg je, ramai lagi yg tak dapat cab. driver ni semua mogok ke? or nak tunggu midnight supaya dapat extra charge? masa tu memang dah hangin-hangin satu badan! dahla Zaff ni dengan pinggang & kaki makin sakit. mama & abah pun dah tak larat nampaknya. memang S**L la driver-driver kat situ. kitorg bertukat-tukar tempat tunggu cab, satu pun tak nak stop! ada 2, 3 family tu dengan anak-anak kecik, lagi kesian.. kitorg ni nasib baik angah, aidil & zarra tak ikut, kalau tak, tak taula mcm mana..

luckily, ada satu cab ni, lepas dia drop penumpang, agaknya dia kesian kat my mum, dia tanya nak pegi mana. so my mum buatla muka kesian kat dia, cerita macam-macam mintak simpati, (hehehehe) last-last dia bagi naik gak, tapi kena charge 20SGD la, padahal nak balik ke hotel kitorg tak sampai 10SGD pun! so yg balik dulu, Zaff, my parents & Ruddin. on the way, driver tu cerita, malam-malam driver cab memang tak nak amik langsung org kat Little India tu sebab diorg takut dgn org India yg jahat & ganas. ooohhh itu macam ke? tapi nayala pelancong-pelancong mcm kitorg yg tak tau ape-ape kan? ntah ape-ape ntah. banned la that area!

after 45 minutes baru opie & adik-adik yg lain sampai hotel. opie cerita diorg patah balik ke Mustafa Center & berjalan lagi 2, 3 blok ke atas baru dapat cab, tu pun kena berpecah & berebut dgn org lain. memang kurang ajarla India kat area tu, sebab tu semua driver cab takut! takpela, pengalaman yg sangat buruk di Little India, so to others, avoidla pegi tempat tu ye!

malam tu, walaupun penat nak mampus, Zaff still tak blh tido. ada bunyi mcm paip bocor kat dalam toilet, setiap 10 minit dia bunyi. celaka betul! dengar macam dari bilik sebelah which is bilik angah, tapi katanya dia tak dengar ape pun.. so bunyi apakah itu & dari mana datangnya? ha, satu malamla tak tido langsung! &*&@#%%&%*&