Monday, March 30, 2015

our weekend

last weekend, kitorg tak ke mana-mana. nasib tak keluar sebab jalan jem sana sini. mana dengan orang dapat gaji & mana dengan orang nak shopping last minit sebab GST. kebetulan Opie lak sibuk dengan model dia yang nak kena submit Isnin, so duduk rumah jelah kitorg. Sabtu keluar makan je, selebihnya lepak rumah je.

Ahad pun tak ke mana. mula-mula plan nak pergi lunch kat Suka Sucre, tapi tak jadi sebab mama tak sihat. breakfast makan karipap je kat rumah, then lunch pergi mamak kat area rumah. lepas tu bawak Rizqy pergi potong rambut. dari Jumaat dah psycho dia ajak potong rambut kat kedai. I tell u, anak I ni penakut nak potong rambut. sebelum ni adalah cubaan 2 kali bawak ke saloon tapi gagal sebab dia meraung. so lepas tu, kitorg potong sendiri kat rumah. this time, saje ajak dia potong kat kedai, surprisingly dia ok, dengan syarat papa duduk sebelah potong sekali. masuk je kedai mamak, dia dah pucat. tengok je abang tu potong rambut customer lain. muka dia cuak je ok! kesian lak tengok, tapi kelakar pun ada! hahahaha.

ku pakai dash&dot tudung warna turqouise. still available ya!


tadaa!! mama & papa so proud of u Rizqy! muka still cuak and kejap-kejap garu mukalah, garu leherlah sebab dia memang tak suka rambut kena badan. OCD kan? bila nak pakai shaver, laju je dia geleng kepala. yang tu dia masih takut! hahaha

yes! after 5 years dah berani. terror la Ishky! 




Tuesday, March 24, 2015

Ultraman at Genting

Sabtu lepas kitorg ke Genting Highlands. 10 tahun kot tak naik sana! this time pergi sebab nak tengok Ultraman. demi sikecik! hahaha. dari awal dah niat nak bawak dia tengok sebab dulu ada masa dia suka sangat Ultraman. bertolak dari rumah pukul 10 pagi, kitorg breakfast dulu kat our favourite restaurant, Leha Kelfood. pukul 12.30 tengah hari selamat sampai Genting. sampai je lobby First World Hotel, mak ai ramainya orang nak check-in. terus kitorg pun ambil number untuk check-in. ingatkan lambat, tapi tak. tunggu kejap 2 number, then terus sampai giliran kitorg & bilik dah ready, boleh terus masuk walaupun sepatutnya check-in pukul 3pm. kitorg dapat bilik kat new wing, best sebab tak pack macam old wing, in fact macam takde orang.


tripple room, RM140 per night, beli kat website genting


lapar, jom cari makan!





ice-cream dululah mama




lepas ambil tiket Ultraman, sikecik nak main games dulu. layankan jelah

biasalah my 2 boys. sikecik tu dah ngantuk sebenarnya, tapi tak nak tidur







 lepas makan, nak balik bilik lepak, tapi sangkut tengok magic show ni. Rizqy happy sangat tengok show ni. magician ni dari Venezuela, katanya dia tak dibayar untuk perform kat situ, so dia mintaklah jasa baik pengunjung untuk bagi dia tips. so kitorg pun bagilah RM10 sebab anak-anak happy tengok performance dia. surprisingly, banyak gak dia dapat collect, orang Malaysia ni pemurah.

get ready for Ultraman!!!



yeay!


Rizqy siap bawak Ultraman dia

standby nak bergambar dengan Ultraman, bayar RM35, dapat terus gambar

oh mama nak nangis actually sebab tengok Rizqy happy



 Ultraman Cosmos lalu depan kitorang, in fact depan kitorang takde orang langsung tapi dia tak pandang kitorang. Rizqy jerit kuat nama dia siap lambai. Oh sebaknya mama!


full house! everybody was enjoying the show, memang happening!




besar gile monster tu

 masa ni keluar semua 8 Ultraman, serious goosebump!




overall, the show was superb! lighting, led, fighting on stage, costumes semua best. as long budak-budak happy, kitorg ok. bapak budak pun happy! hehe. show sampai 29 Mac, pergilah tengok kalau berkesempatan, tak rugi. tiket harga RM48, RM68 & RM88, boleh beli kat website rwgenting.com. 

Wednesday, March 18, 2015

Dash & Dot - it's official

It's official. You can get your Dash&Dot Tudung now! Mula-mula ku plan nak release hujung bulan, tapi atas desakan kawan-kawan (cewah desakan!) hahahaha, i terus juallah. sementara orang tengah mintak kan? 

So ok my dearies, harga pengenalan RM45 exclude postage. semua ready stock. like i told in my previous posting, instant shawl or I lagi suka panggil tudung ni kain cotton viscose - sejuk, tak tebal, ringan & tak payah iron. kalau berminat boleh whatsapp +60163284740.


this is turquoise

8 warna yang i dah pakai pergi ofis. which one do you prefer? pastel or bold colours?


1. Fuschia pink
2. Maroon
3. Plum
4. Purple
5. Dark blue
6. Dark green
7. Ocean blue
8. Turquoise
9. Mint green
10. Nude
11. Mustard
12. Peach
13. Dusty pink


Thursday, March 12, 2015

Dash & Dot tudung


I am officially wearing my own Dash & Dot Tudung now. yeay dah tak payah beli tudung brand lain! hahahahahaha. soon to be released hujung bulan ni. actually dah ada ready stock, tapi now tengah tunggu label siap. bila semua dah ready, kite start jual k! fyi, ku sendiri yang pilih kain & pilih design. I did a little experiment masa nak pilih kain, end-up, ku pilih kain cotton viscose yang sejuk, ringan, tak tebal, tak melekap, lembut & tak susah nak iron. of course lepas beli masa nak pakai first time kena iron kan? kalau tak nampak pulak bekas lipatan. tapi lepas tu, dah tak payah iron dah. meanwhile, jom cuci mata dulu!

mustard

fushia pink

ocean blue

plum

nude

ada 13 colours, limited to 300 pieces je (for first batch). ada colour dark green, nude, ocean blue, peach, dusty pink, plum, mint green, dark purple, turqouise, mustard, dark blue, fuschia pink & maroon. pilih pilih pilih. hahahahaha