Tuesday, January 31, 2012

pengsan!

Rizqy cirit birit sejak Khamis. Dah 2 kali pegi 2 klinik berbeza. Semlm pegi, doc advise tukar susu Pediasure sbb susu tu takde lactose. And dia suka pulak tu! Mama pengsan! Susu Pediasure 400 gram RM36. Hai la anakku.. Sangat high maintenance la awak!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, January 25, 2012

short getaway

Cuti panjang CNY, Sabtu just lepak kat rumah & pegi wedding kat area rumah parents. Ahad, meniaga kat Anggerik Mall Shah Alam. Isnin, we went to PD for short & last minute getaway. kenapa saye ckp last minit? sebab haroi Khamis baru decide nak pegi jalan-jalan & Jumaat baru booked hotel, nasib still ada bilik yang kosong. we stayed at Corus Paradise resort, saye booked & pay at agoda.com.

so Isnin tu, Rizqy jaga dalam pukul 8.30 pagi. bukan main awal dia bangun, macam tau je nak gi holiday. jadinya, kitorg pun bangunla & terus packing. walaupun pegi satu malam je, tapi penat gak packing sebab barang Rizqy punyela banyak nak kena bawak. mana dengan baju-baju dia, diapers, susu, air panas, air mineral, makanan dia, mainan dia dll.. nasib baik kereta dah full, kalau tak, papa dia still nak bawak katil dia.

pukul 11 pagi, kitorg gerak ke PD guna Lekas Highway. amazingly, sejam je sampai sana, jalan tak jem langsung! sampai sana, kitorg pusing-pusing & lunch dulu. cuaca sangat panas, hajat hati nak gi jalan-jalan kat teluk kemang, tapi jalan jem gile sampai polis tutup jalan, so pusingla balik ke arah hotel kitorg which is the other side of PD. pukul 3 ptg kitorg checked-in, Rizqy punyela excited masuk bilik hotel. pusing-pusing satu bilik, lompat atas katil & tengok keliling.. ah seronoknya tengok dia mcm tu.. bless!

lepak-lepak kat bilik, then guess what? hujan! sakitnye hati!!!!! pukul 6 hujan dah renyai, kitorg keluar jugak, takkan nak terperap kat bilik je kan? sampai kat area pantai Bagan Pinang, kitorg parked kereta & keluar jalan-jalan. happening kat situ, banyak bazaar & kedai-kedai. pegi ke pantai, hujan dah stop. Rizqy nampak je laut, terus menjerit & terus lari ke laut. excited betul dia! so papa pun melayanla mandi laut kejap dgn dia. nasib memang dah pakai board short bagai..


Link
Ishky pakai cap mama! sebab hujan, mama belikan cap Mickey Mouse kat Ishky










lepas mandi, kitorg balik hotel dulu bilas & tukar baju. kat pantai takde tempat mandi, boleh tak??? then, kitorg keluar dinner kat Singgah Makan cafe. sangat marvelous la food dia! kitorg makan siakap bakar, telur bistik, sup ayam & sayur campur. kalau ke area pantai Bagan Pinang, boleh makan kat situ ye.. Rizqy pun makan banyak sangat.

next day, pukul 7.30 pagi Rizqy dah jaga. nak tak nak kitorg pun bangun, siap terus pegi breakfast. this time semua dah ready, Rizqy dah siap pakai board short & wet suit, pelampung, shawl (nak lapik duduk kat pantai), so lepas makan, kitorg bagi Rizqy mandi laut lagi. lepas mandi laut, sambung pulak ke pool. punyela ramai org sampai air keruh! eeeuuuwww.. haha.


tak nak pegang tangan langsung. nak jalan sendiri





lari nampak laut. Rizqy Rizqy..





father & son bonding time




air keruh kan? haha






the only my photo on second day


takde org nak amik gambar, amikla sendiri. haha



kesimpulannya, seronok cuti-cuti dengan anak, tapi penatnya Tuhan je yang tau. nak angkut barang dia & nak angkut dia ke hulu hilir pulak. tapi takpe, kitorg tak serik, tak sabar nak plan for our next getaway. :)


;)



Tuesday, January 17, 2012

Sabtuday

Sabtu lepas, menghabiskan masa & duit kat Sunway Pyramid. best gile dapat jalan-jalan dengan Rizqy! agenda asal sebenarnya nak tukar kasut Rizqy papa dia beli salah size. kaki anakku tu besar size 5, papa ingat kaki dia still kecik beli size 2.. nak masuk hujung kaki pun tak lepas! hahaha. beli kat Payless ShoeSource, 2 pasang RM30 je sebab discount sampai 50%.


sayang sandal ni dah takde size besar


kasut AirWalk ni pun takde size besar. uwwaa!!!


boleh jadi gile masuk kedai ni


susun mcm ni memang menarik tapi jadi pening memilih



kesudahannya kasut size Rzqy ada 1 je, so saye pun amikla sepasang. tambah duit RM6 je. murah kan?


3 jam jalan-jalan kat Sunway, kitorg pun balik.. tapi sebenarnya boleh lupa nak beli diapers & susu Rizqy. nak tak nak singgahla Jusco Cheras Selatan. mcm kat Sunway takde Jusco je kan?


beli toy baru kat Rizqy, tak sempat-sempat balik rumah. dlm troli pun jadila


tak nak naik stroller, seronok naik troli. macam-macamlah Rizqy!


comel kasut baru Rizqy. mcm Crocs tapi AirWalk. mama suka!



get well soon Zarra!

hospital besar & baru, tapi patient sorg je..





my niece got admitted kat Columbia Asia Hospital Cheras due to pneumonia. biasala budak-budak, demam, batuk, then lung got infected, terusla dapat pneumonia.. sama je macam Rizqy aritu.. cuma Zarra agak teruk sebab kuman dah banyak masuk dalam dua-dua belah paru-paru dia. semalam lepas keje, saye pegi melawat, kesian dia.. lembik badan dia.. kena neb & oxygen je.. kesian gak kat mummy dia, dahla tgh sarat pregnant. Zarra makan ubat k! nanti cepat baik, boleh balik rumah.. mama loves u!


Monday, January 16, 2012

Flea Market #2

All went well, Alhamdulillah.. my first attempt bukak booth kat flea market Anggerik Mall Shah Alam. it's tiring but fun. seronok tengok ada barang terjual & dapatla RM100, RM200.. for a start, saye dah bersyukur sangat-sangat & buat lagi semangat nak teruskan minat saye ni. me & my partner plan nak pegi mana-mana bazaar or flea market every weekend. daripada keluar merayau, duit keluar, better kite bukak booth kan? masuk gak duit.. :D


suamiku yang very supportive. tolong angkat barang & pasang all the meja & tempat sangkut baju.
thank u sayang!





finally!



some of the pre-loved collections


pre-loved shoes





location booth kitorg strategic, tepi escalator. senang nak simpan barang & ada plug point nak iron baju & charge phone


antara booth kat situ


sebelah my booth, booth ibu metuaku. ada jual jersi, t-shirt, baju pengantin & some collectible items


lepas penat seharian, lepak makan kat Kedai Kopi Shah Alam


me & my proud partner, Naz


So far, we all jual semua pre-loved, but some of it ada yang brand new. harga just between RM5-RM40. Ahad ni kitorg still kat Anggerik Mall Shah Alam. please do come & support us! :D