Sunday, July 25, 2010

rumah baru!

at last! me & hubby dapat beli gak rumah untuk family kitorg yg akan membesar.. terletak kat Bandar Sungai Long (berhampiran Balakong), link house 2 tingkat, 4 bilik tidur, 3 bilik air & berkeluasan 24x75. ada golf course, club house, kedai jangan cakap la, complete semua ada, KFC, Domino's, OldTown White Coffee, Secret Recipe, bank, klinik, dekat dgn Jusco Mahkota Cheras & Jusco Cheras Selatan, campus UTAR, petrol pam, dan lain-lain kemudahan asas..

asalnya rumah tu rumah paksu & maksu Zaff. diorg beli rumah tu dulu, tapi sekarang diorg dah pindah ke Kemensah Heights. masa Zaff dan adik baru kawin, ada gak paksu pelawa kitorg duduk kat situ, sama ada sewa atau beli. tapi kitorg jual mahal sebab rasa macam jauh je tempat tu.. tapi ada satu hari tu, tiba-tiba terkeluar idea nak duduk kat rumah Sg. Long tu. sejak-sejak dah pregnant ni, Zaff tiba-tiba rasa rimas duduk apartment sekarang, maybe sebab badan membesar, so rumah kitorg sekarang ni rasa kecik je.. some more, setelah 2 tahun duduk rumah atas, tak boleh blah la.. rasa terkepung sebab tak jumpa tanah..

so Zaff discussed dengan opie, my parents & MIL, semuanya ok & suruh tanya paksu sendiri. so, kitorg ape lagi, meneruskan la misi bertanya. daripada nak sewa je, terus keluar lagi idea nak beli rumah tu! paksu lagi ok sebab dia memang dari dulu nak jual rumah tu. kata dia, daripada sewa atau jual kat orang luar, baik bagi anak menakan (anak sedara) sendiri yang duduk & beli! :D

mungkin rumah tu agak jauh bagi sesetengah orang. tapi pada kitorg, yang penting biar dekat dengan family & family lain lak, walau jauh mana rumah pun, diorg tetap akan cari jugak. nak-nak pulak rumah tu dekat sangat dengan rumah my parents, senang nak hantar baby nanti, sebab my mum yg akan jaga our baby later..

so, bermulala sesi keluar masuk bank untuk buat housing loan dengan pertolongan maksu yang ramai contact sana sini. akhirnya, 7 Ogos ni, kitorg akan berpindah ke rumah tu.. :D

siang tadi, sebelum berpindah, me, opie, mama, abah & ruddin jenguk-jengukla rumah tu. ada gak serba sedikit nak kena buat perubahan. yela bukan rumah baru kan?


ni bukan rumah kitorg, tapi rumah tu exactly macam ni la.. rumah batu-bata merah. tak sangka opie memang suka rumah macam ni. rezeki baby.. Alhamdulillah..


this is the main hall. luas, boleh buat 2 halls. satu ruang untuk tengok tv & satu ruang bersembang. rumah ni satu rumah berwallpaper, dari hall ke bedrooms. so wallpaper tu nak dibuang semuanya & kat feature hall tengah tu, nak cat warna grey & dinding lain kaler putih


naik 2 anak tangga dari main hall, masuk ke dining hall. dinding semua akan dibuang wallpaper & dicat warna grey kot. border kayu tu nak cat warna putih. kabinet bawah tangga tu pun nak cat putih


main hall


this is the dry kitchen. sedikit old school cabinet tu, tapi okla daripada takde kan? Zaff pun bukannya suka masuk dapur.. so dapur ni takde ape-ape perubahan nak buat, cuma untuk wet kitchen kat belakang, kena tukar sikit pintu cabinet dia


this is the master bedroom. again, wallpaper akan dibuang & akan dicat warna baby blue. what i like about this room, dia ada balcony. best! sekarang kena fikir nak tambah perabot je sebab bilik ni tersangatla besar. kalau ada rezeki lebih, nak beli king size bed, insyaAllah..


one more thing i LIKE about the master bedroom.. the BUILT-IN WARDROBE! separately dari tempat tidur.. walaupun bukan walking closet, tapi Alhamdulillah.. :D


and finally, my make-up area.. sangat berpuas hati!


harap-harap dalam masa 2 minggu semuanya akan berubah dan sempat siap sebelum kitorg masuk pada 7 Ogos. Alhamdulillah jugak sebab dapat orang-orang keje yang nak buang wallpaper, nak cat & cuci rumah dengan harga yg reasonable..
selain nak cat, ada jugak benda-benda kecik lain kena tukar. can't wait to move in! :D


Thursday, July 22, 2010

persediaan ke Konsert Kemuncak

setelah lama tak menari & setelah perut ku memboyot, ku telah diberi tugas untuk menjadi koreografer bagi opening act from Suria FM announcers untuk Konsert Kemuncak Sabtu ni kat Dataran Putrajaya. masa dapat tugasan tu, rasa macam malas je nak buat. tapi bila makin dekat nak praktis, rasa mcm excited lak! eh eh? hehehehe.. jadi macam tu sebab kite buat benda ape yang kite suka, tu yg lagi happy..

sempat gak study sikit-sikit dance routine kat youtube (yela dah lama bersara kan?), lagila rasa membuak-buak nak menari, walaupun... hahaha. tapi rupa-rupanya badan ku masih lagi ringan untuk menari! hehehehe

tapi yang kelakarnya bila ajar budak-budak ni menari, kite yg koreografer ni kena ikut ckp anak murid! bukan diorg ikut kite! byk kali gak la kena tukar-tukar steps untuk kesenangan diorg menari.. Zaff pun kadang-kadang lupa diorg tu bukan professional dancers. kalau pro, bagi ape je pejam mata boleh buat.. hehehehe.. satu lagi yg stressnye ajar diorg ni, kena sabar banyak sebab baru je 5 minit ajar, dah ingat semua steps, tapi lepas rehat 5 minit, diorg boleh lupa steps! hahahaha.. and satu lagi, lagu asyik tukar-tukar je hari-hari, pendek kata, selagi tak show, selagi tu la bertukar! sabar je la ye kawan-kawan.. nanti masa hari show, buat je la yang terbaik untuk penonton dan pendengar Suria FM ye! jangan bagi malu Suria FM tau! Zaff takde atas stage tu nak guide korg lagi macam masa praktis.. GOOD LUCK!


dua "ibu" mengandung


standby nak kawat














kat bawah ni antara sedutan masa tengah praktis kat ofis Suria FM..


video


nak tengok mcm mana gaya Linda Onn, Halim Othman, Zizi, Myra, Naim, Bob, Tuah, Lin & Kak V menari? lagu ape? jemput-jemputla datang ke Dataran Putrajaya Sabtu ni ye. acara bermula jam 3 petang, ada karnival & mini konsert. konsert utama akan mula pukul 8 malam. ramai artis akan perform antaranya Hattan, Jamal Abdillah, Slam, Joey BPR, Alyah, Anuar Zain, Jaclyn Victor, Fauziah Latif, One Nation Emcees, Aizat, Black, Akim dll.


Tuesday, July 13, 2010

Wira Zone 10th anniversary

Sabtu (10 Julai), Zaff ada event kat Plaza Sentral, KL Sentral. bukan SuriaFM yang organised, tapi kite dijemput untuk buat showcase kat situ. walaupun Zaff dah jadi producer sekarang, tapi ada certain clients diorg mintak Zaff jugak jadi emcee dengan Tuah. Alhamdulillah, rezeki & i was so honoured. show tu sempena Wira Zone 10th anniversary (company yang supply electricity ke semua bangunan di area KL Sentral), ada karnival jugak & show tu berjalan dengan lancar, cuma crowd tak ramai walaupun artis best - Mila, Ezlynn, Dayang Nurfaizah & Zamani. area Plaza Sentral tu memang tak ramai orang, yang ramai, staf diorg je. kalau diorg buat kat KL Sentral, sure lagi gempak, situ memang orang ramai. harap-harap niat Wira Zone nak raise RM10,000 untuk dua rumah anak yatim & kurang upaya tercapai..


opie cakap area ni macam kat Singapore. oopps, perut terkeluar!



dengan penghuni Rumah Jagaan Kanak-kanak Kurang Upaya Kirtash


sekarang buat show dah tak boleh pakai high heels. tapak kaki sakit & membengkak nanti


Mydin raya

puasa pun belum, tapi kitorg kat Suria FM dah sibuk dengan photoshoot raya. Khamis lepas, kitorg ada photoshoot dengan Mydin untuk katalog promosi raya diorg. last year pun kitorg dah buat dengan diorg (nak baca pasal photoshoot last year, klik sini), so tahun ni nampaknya kontrak bersambung lagi.

kalau last year, kitorg shoot outdoor kat rumah kampung kat Hulu Langat. tahun ni, shoot indoor (Alhamdulillah tak panas!), kat penthouse owner Mydin, tingkat 3, Mydin Mall USJ. saye dah berada di location seawal pukul 9 pagi, sampaila ke petang.. banyak baju kurung, kebaya & jubah yang dipakai (masih lagi muat size M ye! hehehehe)..

boleh dikatakan baju-baju kurung & jubah kat Mydin lawa-lawa. so kalau nak beli ready made je, bolehla beli kat sana. harga pun ok! macam saye ni pun, nak buat/beli baju kurung awal-awal, nanti by the time raya, dah tak muat sebab perut dah besar. so, worse come to worse, beli je la ready made. kat Mydin pun ok! so, bulan puasa nanti, kalau ke Mydin seluruh Malaysia, korg bakal nampak la gambar-gambar semua penyampai-penyampai Suria FM!


jubah purple ni cantik..


baju kurung cotton. harga kalau tak silap RM49.90 je






antara baju-baju yang disediakan. sampai sakit pinggang la bergaya sakan!


lagi baju-baju raya


ni aksesori pulak. penuh satu meja besar


Monday, July 5, 2010

Germany vs Argentina

hari Sabtu (3 Julai), siang Zaff on air from 12-4pm, balik pegi rumah my parents makan bihun sup Kedah & malam lak, Zaff ada show kat Mydin Mall USJ. saje show fun time sempena World Cup. seperti biasa sape lagi partner ku kalau bukan Tuahzoqarnain. selesai show, kitorg buat surprise kat Tuah sebab aritu birthday dia. geng-geng Mydin adala beli cake kat dia. sempatla potong cake atas stage, nasib baik tak kena baling telur kan Tuah? hehehehe


birthday yg ke ??? itu kena tanya dia sendiri

lepas dah setel semua, ingat nak balik tengok bola kat rumah je. then, Tuah & Sabariah (orang kuat Mydin) ajak lepak je kat situ tengok bola walaupun semuanya bukan layan bola pun... Sabariah tak reti, Tuah pun sama. hehehehe.. rupa-rupanya punyela happening kat Mydin Mall tu! diorg pasang bola kat power screen depan Mydin tu & siap ada benches & kerusi-kerusi untuk lepak tengok bola. kedai mamak kat food court Mydin tu pun apa lagi, sambil menyelam minum air bukak table yang sikit punya banyak.. okla, first time tengok bola ramai-ramai kat luar, memang best..

malam tu, dari awal lagi sebelum game start, ramai penyokong Argentina. yg sokong Germany mcm Zaff & hubby tak berapa ramai. tapi towards the end, rasanya ramai yg berpaling tadah kot? hahahaha.. suasana kat Mydin tu punyela happening & bising, samala dengan kitorg pun. rasa sangat berbaloi, first time habiskan masa tengok bola kat luar, Germany menang 4-0 tu!!!


my new look, berambut pendek


baru nak amik gambar, Germany dah sumbat gol. so, celebrate dulu. hahaha


farah, sabariah, me, hubby & kawan tuah







walaupun sakit sikit pinggang duduk lama-lama (biasala org preggy, perut besar), tapi boleh repeat lagi lepas ni for semi-final & final (kalau Germany masuk final).. :P


father's day celebration

2 minggu lepas, semua my family yg ada kat KL, dlm 30 orang sambut father's day & also birthday celebration kat Bora Ombak. takde apa yg special, just makan-makan biasa je mcm tahun-tahun sebelumnya, borak-borak & catch-up benda-benda yg terlepas.. cuma makan best la, kata bora ombak kan? me ordered tomyam & otak-otak seafood. yummeh!

happy father's day to abah, paksu, pakki, pakcik, my cousin syamsul & also to father-to-be, my lovey dovey hubby.. muah!

last but not least, happy birthday to my cousin, Wanie & Ammar!


center of the attention, Zarra & her mummy


nenda, to ayah & Zarra Sophea


melepak-lepak sebelum balik


practice dukung baby, before dukung anak sendiri





mama, me & birthday girl. birthday yg ke ????


Zarra dengan my grandmother